Keputusan Dan Live Streaming JDT Vs Kuching FA Piala Malaysia 2020
Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) melayani kunjungan pasukan Kuching FA bagi perlawanan kalah mati pusingan pertama saingan Piala Malaysia 2020 yang telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 6 November 2020.
JDT Mendapat Laluan Mudah Dalam Saingan Piala Malaysia 2020
Pasukan JDT yang juga merupakan Juara bertahan Piala Malaysia mendapat laluan mudah untuk ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2020 apabila memperoleh undian dengan menentang Kuching FA.
Selain itu JDT dijangka menurunkan pemain barisan kedua pada perlawanan ini kerana pasukan utama mereka akan berlepas ke Doha, Qatar bagi meneruskan saingan Liga Juara-juara Konfederasi Bola Sepak Asia (ACL) dari 18 November hingga 13 Disember ini.
Perlawanan JDT vs Kuching FA Piala Malaysia 2020 Berlangsung Tanpa Penyokong
Aksi perlawanan JDT menentang Kuching FA bagi saingan kalah mati pusingan pertama (1) Piala Malaysia akan berlangsung tanpa kunjungan penyokong kedua-dua pasukan di stadium berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 di Malaysia.
Aksi JDT Dan Kuching FA Piala Malaysia Pasti Berlangsung Sengit
Infosentral menjangkakan perlawanan membabitkan JDT dan Kuching FA pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka berusaha bersunguh-sungguh bagi memperoleh kemenangan supaya layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2020.
Format Baru Piala Malaysia 2020
Sebagai info, saingan Piala Malaysia 2020 berlangsung dengan format baru. Format baharu ini hanya digunapakai pada musim ini dengan menyaksikan saingan Piala Malaysia 2020 membabitkan 16 pasukan yang layak akan berlangsung secara kalah mati serta tanpa aksi peringkat kumpulan.
Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Kuching FA Piala Malaysia 6 November 2020
Perlawanan kalah mati pusingan 1 Piala Malaysia 2020 membabitkan pasukan JDT menentang (vs) Kuching FA telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 6 November 2020 bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos, Larkin.
Untuk makluman, aksi JDT vs Kuching FA turut disiarkan secara siaran langsung melalui Unifi Sports 3 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Info Live Streaming JDT Vs Kuching FA Piala Malaysia 2020
Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung aksi perlawanan Piala Malaysia secara percuma melalui saluran rasmi Youtube Unifi.
Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong JDT dan Kuching FA yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan JDT menentang Kuching FA secara live streaming di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.
Youtube Unifi: https://www.youtube.com/c/unifiistheone
Keputusan Terkini JDT Vs Kuching FA TM Piala Malaysia 2020
Sebagai pengkongsian bersama, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan JDT vs Kuching FA bagi perlawanan kalah mati pusingan 1 saingan Piala Malaysia 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Info Berkaitan |
Jadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Piala Malaysia 2020 |
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini |
Keputusan Langsung JDT Vs Kuching FA TM Piala Malaysia 2020 Pusingan 1 | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
JDT | 1 | – | 0 | Kuching FA |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
19′ Arif Aiman | – | |||
Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos, Larkin. |