Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Nagoya Grampus Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021 AFC Champions League Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh. Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) 2021 dengan menentang pasukan dari Jepun iaitu Nagoya Grampus bagi perlawanan kelima pusingan kedua (timbal balik) kumpulan G yang telah dijadual berlangsung pada hari Ahad, 4 Julai 2021.

Laluan JDT Untuk Ke Pusingan 16 (Kalah Mati) Telah Tertutup

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), secara matematik telah terkeluar daripada pemburuan pusingan 16 (kalah mati) meskipun memenangi dua baki perlawanan terakhir peringkat kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia.

Faktor ini disebabkan pendahulu kumpulan G, Nagoya Grampus dan Pohang Steelers yang berada dikedudukan kedua masing-masing berjaya mengukuhkan kedudukan mereka dengan kemenangan berturut-turut sekaligus jauh meninggalkan JDT yang setakat ini hanya mengutip 3 mata.

Ramalan Pemerhati Bola Sepak Tempatan Tidak Tepat

Sebelum ini, pemerhati bola sepak tempatan menjangkakan JDT berupaya untuk mara ke pusingan kalah mati (16 pasukan) susulan prestasi JDT di awal saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia, namun ramalan itu tidak tepat memandangkan peluang JDT untuk mara ke pusingan 16 telah tertutup.

JDT Tewas Kepada Nagoya Grampus Pada Perlawanan Pertama

Pada aksi pusingan pertama peringkat kumpulan G yang lalu JDT telah tewas tipis 1-0 kepada Nagoya Grampus susulan gol kontroversi dihasilkan itu telah ofsaid pada awalnya namun nasib tidak menyebelahi JDT apabila pengadil perlawanan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohamed Abdulla Hassan mengesahkan jaringan tersebut.

Harapan Peminat Dan Penyokong Setia Skuad Harimau Selatan

Peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan sudah tentu akan memberi tumpuan kepada perlawanan ini dengan mengharapkan JDT dapat menebus kembali kekalahan kepada Nagoya Grampus pada aksi pertama yang lalu.

Informasi Lain Di Infosentral
  Kedudukan carta ACL 2021 JDT keputusan dan jadual

Kedudukan Carta JDT Dalam Kumpulan G Selepas Empat Perlawanan

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) sebelum perlawanan ini menduduki tangga ke-3 kumpulan G selepas mereka meraih tiga mata hasil daripada kemenangan 1-0 ke atas Ratchaburi FC dan tewas 4-1 kepada Pohang Steelers serta tewas tipis 1-0 kepada kelab Jepun, Nagoya Grampus.

Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Pohang Steelers 4 July 2021 ACL

Saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi perlawanan kelima pusingan kedua kumpulan G membabitkan pasukan JDT menentang Nagoya Grampus telah dijadual berlangsung pada hari Ahad, 4 Julai 2021 bermula jam 10 malam (waktu Malaysia) bertempat di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand.

Aksi perlawanan JDT vs Nagoya Grampus turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di Astro Fox Sports HD (saluran 815) seawal jam 9:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan perlawanan.

Keputusan Terkini JDT Vs Nagoya Grampus ACL 2021

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan JDT vs Nagoya Grampus bagi perlawanan kelima pusingan kedua kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung JDT Vs Nagoya Grampus 2021 AFC Champions League
Stadium Rajamangala, Bangkok (Thailand)
PasukanMasa PenuhPasukan
JDT 1 2Nagoya Grampus
Penjaring GolPenjaring Gol
42′ Ramadhan(P) Mateus 4′
Hiroyuki Abe 28′
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini.
Info Berkaitan
Pautan : Jadual Penuh Dan Kedudukan Carta JDT ACL 2021 Kumpulan G