Siaran langsung keputusan JDT vs PJ City FC 25 September 2020
Keputusan Dan Live Streaming JDT Vs PJ City FC Liga Super 2020. Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukan Petaling Jaya City FC atau PJ City FC meneruskan aksi saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 untuk perlawanan minggu kesembilan (LS9) yang telah dijadual berlangsung buat kedua-dua pasukan pada hari Jumaat, 25 September 2020.
Pertemuan membabitkan JDT dan PJ City FC sememangnya sebuah perlawanan tumpuan yang amat dinanti-nantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan berikutan JDT dan PJ CIty FC turun beraksi untuk merealisasikan misi penting mereka dimana JDT memerlukan kemenangan bagi memperkukuhkan lagi kedudukan selaku pendahulu liga, manakala PJ City FC mencari kemenangan agar memperbaiki kedudukan terkini mereka dalam carta liga super 2020.
Dalam pada itu, aksi perlawanan JDT menentang PJ City FC bagi saingan ke-9 Liga Super 2020 masih berlangsung tanpa kunjungan penyokong kedua-dua pasukan di stadium berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu kerajaan dalam membasmi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Mengenai kedudukan pasukan dalam carta liga selepas mengharungi lapan aksi perlawanan sebelum ini menyaksikan JDT kini selaku pendahulu liga dengan 22 mata selain merupakan satu-satunya pasukan yang masih mempertahankan rekod tanpa kalah. Manakala PJ City FC pula berada dikedudukan ke-10 liga dengan kutipan tujuh mata.
Secara keseluruhannya, pertembungan membabitkan JDT dan PJ City FC pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka memperoleh keputusan kemenangan.
Senarai sub-tajuk Artikel
Siaran Langsung JDT Vs PJ City FC Liga Super 25 September 2020
Perlawanan kesembilan saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan JDT menentang (vs) PJ City FC telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 25 September 2020 bertempat di Stadium Majlis Bandar Raya, Petaling Jaya.
Untuk makluman, aksi JDT vs PJ City FC turut disiarkan secara siaran langsung melalui Unifi Sports 1 dan 2 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Info Live Streaming JDT Vs PJ City FC Liga Super 2020
Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung aksi perlawanan Liga Super secara percuma melalui saluran rasmi Youtube Unifi.
Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong JDT dan PJ City FC yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan JDT menentang PJ City FC, saingan minggu kesembilan Liga Super secara live streaming di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.
Youtube Unifi: https://www.youtube.com/c/unifiistheone
Keputusan Terkini JDT Vs PJ City FC CIMB Liga Super 2020
Sebagai pengkongsian bersama, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan JDT vs PJ City FC bagi perlawanan kesembilan saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini |
Keputusan Langsung JDT Vs PJ City FC CIMB Liga Super 2020 LS9 | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
PJ City FC | 2 | – | 2 | JDT |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
37′ Jayaseelan 45+1′ K. Gurusamy (P) | Safawi Rasid 35′ (P) Cabrera 45+3′ | |||
Stadium Majlis Bandar Raya, Petaling Jaya |