Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Pohang Steelers Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021 AFC Champions League Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh. Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) 2021 dengan menentang wakil Korea Selatan iaitu pasukan Pohang Steelers bagi perlawanan keempat pusingan kedua kumpulan G yang telah dijadual berlangsung pada hari Khamis, 1 Julai 2021.

JDT Perlu Menang Dalam Tiga Perlawanan Terakhir

Pasukan JDT tiada pilihan lain kecuali memanfaatkan tiga perlawanan terakhir saingan peringkat kumpulan dengan kemenangan bagi menempatkan pasukan sekurang-kurangnya berada di kedudukan kedua serta mengharapkan nasib menyebelahi JDT untuk mara ke pusingan 16 (kalah mati) selaku pasukan di kedudukan kedua terbaik kumpulan bagi zon Asia timur.

JDT Berpeluang Mara Ke Peringkat Kalah Mati (Pusingan 16)

Berdasarkan prestasi semasa dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh semua barisan pemain JDT dalam menghadapi cabaran Liga Juara-Juara Asia 2021, pemerhati bola sepak tempatan menjangkakan JDT berupaya untuk mara ke pusingan kalah mati (16 pasukan).

JDT Tewas Kepada Pohang Steelers

Pada aksi pusingan pertama peringkat kumpulan G tempoh hari, JDT tewas 4-1 kepada Pohang Steelers susulan kesilapan yang dilakukan sehingga mereka dihukum dengan tiga penalti oleh pengadil perlawanan.

Harapan Peminat Dan Penyokong Setia Skuad Harimau Selatan

Peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan sudah tentu akan memberi tumpuan kepada perlawanan ini dengan mengharapkan JDT berjaya meraih kemenangan seterusnya kerana ia akan menyuntik semangat barisan skuad Harimau Selatan serta menambah keyakinan bagi menghadapi cabaran Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Informasi Lain Di Infosentral
  Kedudukan carta ACL 2021 JDT keputusan dan jadual

Kedudukan Carta JDT Dalam Kumpulan G Selepas Tiga Perlawanan

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) sebelum perlawanan ini menduduki tangga ke-3 kumpulan G selepas mereka meraih tiga mata hasil daripada kemenangan 1-0 ke atas Ratchaburi FC dan tewas 4-1 kepada Pohang Steelers serta tewas tipis 1-0 kepada kelab Jepun, Nagoya Grampus.

Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Pohang Steelers 1 July 2021 ACL

Saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi perlawanan keempat pusingan kedua kumpulan G membabitkan pasukan JDT menentang Pohang Steelers telah dijadual berlangsung pada hari Khamis, 1 Julai 2021 bermula jam 6 petang (waktu Malaysia) bertempat di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand (gelanggang berkecuali).

Aksi perlawanan JDT vs Pohang Steelers turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di Astro Fox Sports HD (saluran 815) seawal jam 5:30 petang bermula dengan siaran pra-rancangan perlawanan.

Keputusan Terkini JDT Vs Pohang Steelers ACL 2021

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan JDT vs Pohang Steelers bagi perlawanan keempat pusingan kedua kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung JDT Vs Pohang Steelers 2021 AFC Champions League
Stadium Rajamangala, Bangkok (Thailand)
PasukanMasa PenuhPasukan
JDT 0 2Pohang Steelers
Penjaring GolPenjaring Gol
Lee Seung-Mo 34′
Kang Sang-Woo 38′
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini.
Info Berkaitan
Pautan : Jadual Penuh Dan Kedudukan Carta JDT ACL 2021 Kumpulan G