Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Ratchaburi FC Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021 AFC Champions League Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh. Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakhiri saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (AFC Champions League) 2021 dengan menentang pasukan dari Thailand iaitu Ratchaburi Mitr Phol F.C. bagi perlawanan keenam pusingan kedua (timbal balik) kumpulan G yang telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 7 Julai 2021.

Peluang JDT Untuk Ke Pusingan 16 (Kalah Mati) Telah Tertutup

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), secara matematik telah terkeluar daripada pemburuan pusingan 16 (kalah mati) meskipun memenangi perlawanan terakhir peringkat kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia.

Faktor ini disebabkan pendahulu kumpulan G, Nagoya Grampus dan Pohang Steelers yang berada dikedudukan kedua masing-masing berjaya mengukuhkan kedudukan mereka dengan kemenangan berturut-turut sekaligus jauh meninggalkan JDT yang setakat ini hanya mengutip 3 mata.

Ramalan Pemerhati Bola Sepak Tempatan Tidak Tepat

Sebelum ini, pemerhati bola sepak tempatan menjangkakan JDT berupaya untuk mara ke pusingan kalah mati (16 pasukan) susulan prestasi JDT di awal saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia, namun ramalan itu tidak tepat memandangkan peluang JDT untuk mara ke pusingan 16 telah tertutup.

JDT Menewaskan Ratchaburi FC Pada Pertemuan Pertama

Pada aksi pusingan pertama peringkat kumpulan G yang lalu JDT berjaya menewaskan Ratchaburi Mitr Phol F.C. 1-0 menerusi jaringan Leandro Velázquez.

Harapan Peminat Dan Penyokong Setia Skuad Harimau Selatan

Peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan sudah tentu akan memberi tumpuan kepada perlawanan ini dengan mengharapkan JDT dapat mengakhiri saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia dengan kemenangan meskipun impian untuk ke pusingan 16 tidak kesampaian.

Informasi Lain Di Infosentral
  Kedudukan carta ACL 2021 JDT keputusan dan jadual

Kedudukan Carta JDT Dalam Kumpulan G Selepas Lima Perlawanan

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) sebelum perlawanan ini menduduki tangga ke-3 kumpulan G selepas mereka meraih tiga mata hasil daripada kemenangan 1-0 ke atas Ratchaburi FC dan selebihnya tewas dua kali kepada Nagoya Grampus serta Pohang Steelers.

Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs Ratchaburi FC 7 July 2021 ACL

Saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi perlawanan keenam pusingan kedua kumpulan G membabitkan pasukan JDT menentang Ratchaburi Mitr Phol F.C. telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 7 Julai 2021 bermula jam 10 malam (waktu Malaysia) bertempat di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand.

Aksi perlawanan JDT vs Ratchaburi FC turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di Astro Fox Sports seawal jam 9:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan perlawanan.

Keputusan Terkini JDT Vs Ratchaburi ACL 2021

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan JDT vs Ratchaburi FC bagi perlawanan keenam pusingan kedua kumpulan G saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung JDT Vs Ratchaburi FC 2021 AFC Champions League
Stadium Rajamangala, Bangkok (Thailand)
PasukanMasa PenuhPasukan
JDT 0 0Ratchaburi FC
Penjaring GolPenjaring Gol
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini.
Info Berkaitan
Pautan : Jadual Penuh Dan Kedudukan Carta JDT ACL 2021 Kumpulan G