Gambar Dan Senarai Harga Jersey Original Pasukan JDT 2023 Terkini
Johor Darul Ta’zim [JDT] kini bukanlah sebuah pasukan bola sepak yang biasa-biasa, JDT merupakan sebuah pasukan dan kelab terbaik di Malaysia malah turut terkenal di Asia.
Bermula dengan sebuah kelab yang kecil sambil mengorak langkah demi langkah bersama impian dan objektif yang mahu direalisasikan, transformasi tersebut ternyata berjaya membuahkan hasil.
Populariti Pasukan JDT
Populariti pasukan Johor Darul Ta’zim berterusan melonjak seiring dengan kejayaan demi kejayaan telah berjaya diraih terutamanya dalam saingan Liga Malaysia dan yang paling tidak dapat dilupakan ialah kejayaan bersejarah merangkul kejuaraan Piala AFC pada tahun 2015 serta muncul sebagai pasukan pertama dari Malaysia yang layak beraksi dalam saingan Liga Juara Juara Asia [ACL].
JDT Mendominasi Saingan Liga Malaysia [Liga-M]
Kini dalam kancah bola sepak tanahair, JDT telah menjadi kuasa dominan apabila mendominasi saingan terutamanya Liga Super berturut-turut bermula tahun 2014 hingga 2022. Kejayaan yang direalisasikan oleh JDT pasti dicemburui.
Namun disebaliknya ia telah memberi kesan positif terhadap mutu bola sepak tanah air selain merancakkan lagi persaingan kerana setiap pasukan pencabar pasti akan menyediakan sebuah pasukan yang terbaik bagi memberi cabaran kepada JDT.
Gambar Dan Harga Jersi Johor Darul Ta’zim JDT 2023
Bagi peminat dan penyokong setia, mereka sudah tentu mahu menjadi yang terawal melihat rekaan dan memiiki jersi original Johor Darul Ta’zim. Daripada maklumat yang diterima oleh editor, Jersi JDT direka khas oleh Nike [penaja rasmi] yang merupakan pengeluar pakaian sukan terkenal di dunia.
Kelebihan Jersey JDT 2023
Jersi terbaru JDT musim 2023 direka dengan menggunakan teknologi terkini [Nike Dri-Fit] serta mengikut potongan badan pemain selain memberi keselesaan di bahagian bahu menjadikannya lebih ringan.
Tarikh Pelancaran Jersi Baru JDT 2023
Pengenalan Jersi baru pasukan Johor Darul Ta’zim [JDT] akan diadakan pada bulan Februari 2023 turut disiarkan secara live streaming melalui laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.
Bagi mendapatkan info lanjut berkaitan dengan tarikh pelancaran jersi JDT 2023 dan gambar serta harga jersi ‘Home’ [Tuan Rumah], ‘Away’ [Pelawat] sila rujuk pada ruangan di bawah.
Info Majlis Pelancaran Jersi JDT 2022 | |
Perkara | Butiran |
Program | Pengenalan Jersi Baharu Musim 2023 Kelab Bola Sepak Pasukan Johor Darul Ta’zim |
Tarikh | 18 Februari 2023 [Sabtu][8 malam] |
Tempat | Stadium Sultan Ibrahim |
Senarai Harga Jersi Nike JDT 2023 Original
Jersi Nike pasukan JDT 2023 bagi ‘Home’ [Tuan Rumah] dan ‘Away’ [Pelawat] boleh didapati di JDT Online Store, pengedar- pengedar berdaftar Southern Tigers Sdn Bhd [STSB], Stadium Larkin, Stadium Sultan Ibrahim serta di lokasi terpilih.
Paparan Senarai Harga Jersey Nike JDT 2023 Original | ||
Saiz Dewasa | ||
Kit | Warna Dan Harga | |
Home | Biru Celoreng Merah Biru | RM299 |
Away | Putih Merah Biru | RM299 |
Saiz Kanak-Kanak | ||
Kit | Warna | |
Home | Biru Celoreng Merah Biru | RM235 |
Gambar Koleksi Jersey Nike JDT 2023

