Lampiran Kalendar Malaysia 2021 Senarai Perincian Cuti Umum Dan Negeri. Bagi memudahkan rakyat Malaysia merancang aktiviti percutian pada tahun 2021 mengikut cuti umum dan negeri masing-masing, berikut disertakan kalendar 2021 serta maklumat cuti umum dan negeri berdasarkan Jadual Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Jadual Hari Kelepasan AM negeri yang rasmi sepertimana diterbitkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembangaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
Perincian Cuti Umum Dan Cuti Mengikut Negeri 2021
Sebagai makluman, artikel informasi ini telah memperincikan di antara cuti umum dan cuti negeri disamping turut sertakan lampiran grafik kalendar 2021 bagi memudahkan rakyat Malaysia membuat rujukan terhadap tarikh-tarikh cuti yang berkaitan.
Malaysia Antara Negara Paling Banyak Cuti
Sebagai info, selain dikenali sebagai sebuah negara yang makmur dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum, Malaysia merupakan negara yang paling banyak cuti pada setiap tahun dalam kalangan 10 negara di Asia Tenggara.
Kalendar Tahun 2021 Menjadi Rujukan
Sehubungan itu, tidak hairanlah belum lagi menjangkau ke tahun baharu, kalendar 2021 bagi tahun hadapan pasti akan dijadikan rujukan oleh setiap rakyat Malaysia bagi merancang pelbagai aktiviti yang memanfaat pada hari cuti.
Kalendar 2021 Malaysia Senarai Perincian Cuti Umum Dan Negeri
Berikut adalah maklumat perincian senarai kalendar cuti 2021 sambutan dan perayaan merangkumi hari kelepasan AM Persekutuan (cuti umum) dan Hari Kelepasan AM negeri (cuti negeri) di Malaysia serta lampiran grafik kalendar bagi tahun 2021.
Petunjuk |
Hari Kelepasan AM Persekutuan (Cuti Umum) |
Hari Kelepasan AM Negeri (Cuti Negeri) |
Paparan Perincian Senarai Tarikh Cuti 2021 Mengikut Bulan Dan Negeri Terlibat | |||
Kalendar Dan Senarai Cuti Bulan Januari 2021 | |||
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
1 Jan | Jumaat | Tahun Baru 2021 | Semua negeri. kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu |
14 Jan | Khamis | Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
28 Jan | Khamis | Hari Thaipusam | Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor |
Kalendar Dan Senarai Cuti Bulan Februari 2021 | |||
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
12 Feb | Jumaat | Tahun Baru Cina | Semua Negeri |
13 Feb | Sabtu | Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | Semua Negeri |
Kalendar Dan Senarai Cuti Bulan March 2021 | |||
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
4 Mac | Khamis | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
11 Mac | Khamis | Israk Dan Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu |
23 Mac | Selasa | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
Kalendar Dan Senarai Cuti Bulan April 2021 | |||
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
2 Apr | Jumaat | Good Friday | Sabah, Sarawak |
13 Apr | Selasa | Awal Ramadan | Johor, Kedah, Melaka |
15 Apr | Khamis | Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
26 Apr | Isnin | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
29 Apr | Khamis | Hari Nuzul Al-Quran | |
Kalendar Dan Senarai Cuti Bulan Mei 2021 | |||
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
1 Mei | Sabtu | Hari Pekerja | Semua Negeri |
13 Mei | Khamis | Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri |
14 Mei | Jumaat | Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua) | Semua Negeri |
22 Mei | Sabtu | Hari Hol Pahang | Pahang |
26 Mei | Rabu | Hari Wesak | Semua Negeri |
30 Mei | Ahad | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | Sabah, Labuan |
31 Mei | Isnin | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Hari Kedua | Sabah, Labuan |
Kalendar Dan Senarai Cuti Bulan Jun 2021 | |||
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
1 Jun | Selasa | Perayaan Hari Gawai Dayak | Sarawak |
2 Jun | Rabu | Perayaan Hari Gawai Dayak (Hari Kedua) | Sarawak |
7 Jun | Isnin | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong | Semua Negeri |
20 Jun | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
Kalendar Dan Senarai Cuti Bulan Julai 2021 | |||
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
7 Jul | Rabu | Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia | Pulau Pinang (Penang) |
10 Jul | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang | Pulau Pinang (Penang) |
17 Jul | Sabtu | Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
19 Jul | Isnin | Hari Arafah | Terengganu |
20 Jul | Selasa | Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha | Semua Negeri |
21 Jul | Rabu | Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha (Hari Kedua) | Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu |
22 Jul | Khamis | Hari Kemerdekaan Sarawak | Sarawak |
30 Jul | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
Kalendar Dan Senarai Cuti Bulan Ogos 2021 | |||
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
10 Ogos | Selasa | Awal Muharram (Maal Hijrah) | Semua Negeri |
31 Ogos | Selasa | Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) | Semua Negeri |
Kalendar Dan Senarai Cuti Bulan September 2021 | |||
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
13 Sept | Isnin | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
16 Sept | Khamis | Hari Malaysia | Semua Negeri |
Kalendar Dan Senarai Cuti Bulan Oktober 2021 | |||
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
2 Oct | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah | Sabah |
8 Oct | Jumaat | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka | Melaka |
9 Oct | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak | Sarawak |
19 Oct | Selasa | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) | Semua negeri |
Kalendar Dan Senarai Cuti Bulan November 2021 | |||
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
4 Nov | Khamis | Hari Deepavali | Semua Negeri Kecuali Sarawak |
5 Nov | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
11 Nov | Khamis | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
12 Nov | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua) | Kelantan |
Kalendar Dan Senarai Cuti Bulan Disember 2021 | |||
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
11 Dec | Sabtu | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
24 Dec | Jumaat | Christmas Eve | Sabah |
25 Dec | Sabtu | Hari Krismas | Semua Negeri |