Kalendar 2026 Terkini Senarai Cuti Umum, Negeri Di Malaysia

Penerangan Artikel: Kalendar 2026 Terkini Senarai Cuti Umum, Negeri Di Malaysia. Perincian Maklumat Senarai Tarikh Cuti Umum & Negeri Bagi Tahun 2026 Serta Lampiran Kalender Kuda.

Tahun 2026 bakal tiba dengan membawa pelbagai peluang dan cabaran baru. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kalendar baru ini menjadi panduan utama dalam merancang kehidupan harian, aktiviti peribadi dan meraih kenangan indah bersama orang tersayang. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya, tahun 2026 bukan sahaja mengingatkan kita tentang perubahan masa tetapi juga tentang pentingnya perancangan bijak untuk menghadapi segala yang bakal datang.

Kalendar Malaysia Tahun 2026

Kalendar boleh dirumuskan sebagai rujukan yang amat berguna untuk merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Tidak kira sama ada anda ingin merancang percutian keluarga, menyertai kursus pembangunan diri atau menyambut perayaan penting, kalendar 2026 akan memudahkan segala perancangan. Dengan paparan lengkap mengenai Cuti Umum (Hari Kelepasan AM Persekutuan), Cuti Negeri (Hari Kelepasan AM Negeri), cuti sekolah dan juga tarikh penting mengikut kalendar Islam, Cina dan masyarakat tempatan, kalendar ini memberi kemudahan kepada setiap lapisan masyarakat.

Sebagai contoh, apabila mengetahui tarikh cuti umum seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali serta Hari Krismas kita dapat merancang perjalanan pulang ke kampung halaman atau merancang aktiviti bersama keluarga tercinta. Tambahan pula, kalendar ini juga membantu ibu bapa dalam merancang cuti sekolah bagi memastikan mereka dapat mengatur percutian keluarga dengan lebih teratur dan tidak terlepas peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak.

Kalendar Malaysia: Menyemai Kesefahaman Antara Kaum

Salah satu kelebihan besar kalendar adalah integrasi maklumat yang berkaitan pada bulan-bulan tersebut dalam satu paparan. Kalendar tidak terhad memaparkan tarikh dalam kalendar Gregorian tetapi turut menyertakan kalendar Hijrah (Islam) dan Lunar (Cina). Ini memberi kemudahan kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama dan budaya untuk merujuk kepada tarikh-tarikh penting mereka tanpa sebarang halangan.

Perkara ini amat penting dalam negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Dengan kemudahan ini, kita bukan sahaja boleh merancang aktiviti peribadi dan percutian tetapi ia juga memupuk semangat toleransi dan saling menghormati antara kaum. Lebih penting lagi, kalendar ini membantu memupuk kesedaran tentang tarikh-tarikh penting yang mempengaruhi perayaan dan amalan agama masing-masing sekali gus mencerminkan keharmonian sosial negara kita.

Merancang Percutian Berdasarkan Kalendar 2026

Dengan segala maklumat diperlukan hanya di hujung jari, tahun 2026 adalah masa terbaik untuk merancang percutian impian anda. Tidak kira sama ada anda ingin bercuti di dalam negara atau ke luar negara, kalendar ini memaparkan dengan jelas cuti umum dan cuti sekolah yang boleh dijadikan rujukan utama dalam membuat perancangan.

Ambillah masa untuk menyemak tarikh-tarikh penting dalam kalendar ini, tetapkan matlamat untuk tahun yang akan datang dan mulakan perancangan percutian yang telah lama diimpikan.

Selain cuti umum, kalendar ini juga memberikan maklumat mengenai cuti peringkat negeri. Dengan mengetahui setiap cuti mengikut negeri, anda boleh merancang perjalanan dan aktiviti perayaan yang lebih efektif serta menghormati tradisi dan budaya yang berbeza di setiap kawasan. Sama ada di Sabah, Sarawak atau di Semenanjung Malaysia, kalendar ini akan membantu anda mengatur jadual yang sesuai untuk seluruh keluarga.

Lampiran Kalendar Kuda 2026: Perincian Cuti Umum Dan Negeri

Tahun 2026 bakal membawa peluang baru dan cabaran yang perlu dihadapi dengan bijak. Oleh itu, merancang kehidupan dengan menggunakan Kalendar Kuda 2026 adalah langkah pertama yang bijak untuk memastikan setiap detik hidup kita lebih bermakna. Sama ada untuk percutian, aktiviti keluarga atau perayaan, kalendar ini akan memudahkan kita untuk merancang segala sesuatu dengan lebih teratur dan sistematik.

Ingatlah, hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan tanpa merasai pengalaman berharga bersama orang tersayang. Dengan merancang percutian impian, menghadiri aktiviti penting atau meluangkan masa berkualiti dengan keluarga, kita dapat menjadikan tahun 2026 lebih bermakna.

Kalendar Bulan Januari 2026

kalenda kuda 2026 januari

Perincian Cuti Bulan Januari 2026

TarikhHariCutiNegeri Bercuti
1 JanKhamisTahun Baru 2026Semua negeri. KECUALI Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
14 JanRabuHari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri SembilanNegeri Sembilan
17 JanSabtuIsrak Dan MikrajKedah, Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu

Kalendar Bulan Februari 2026

kalendar kuda 2026 februari

Perincian Cuti Bulan Februari 2026

TarikhHariCutiNegeri Bercuti
1 FebAhadHari ThaipusamWP.Kuala Lumpur, WP.Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
1 FebAhadHari Wilayah PersekutuanWP.Kuala Lumpur, WP.Labuan, WP.Putrajaya
17 FebSelasaTahun Baru CinaSemua Negeri
18 FebRabuTahun Baru Cina / Hari KeduaSemua Negeri
19 FebKhamisAwal RamadanKedah, Johor
20 FebJumaatHari Pengisytiharan Tarikh KemerdekaanMelaka

Kalendar Bulan Mac 2026

kalendar kuda 2026 mac terkini

Perincian Cuti Bulan Mac 2026

TarikhHariCutiNegeri Bercuti
4 MacRabuHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
7 MacSabtuHari Nuzul Al-QuranSemua Negeri. KECUALI Johor, Kedah, Melaka, N. Sembilan, Sabah, Sarawak
21 MacSabtuHari Raya AidilfitriSemua Negeri
22 MacAhadHari Raya Aidilfitri / Hari KeduaSemua Negeri
23 MacIsninHari Raya Aidilfitri / Hari KetigaMelaka
23 MacIsninHari Keputeraan Sultan JohorJohor
30 MacIsninHari Jadi Yang Di-Pertua Negeri SabahSabah

Kalendar Bulan April 2026

kalender kuda 2026 april

Perincian Cuti Bulan April 2026

TarikhHariCutiNegeri Bercuti
3 AprilJumaatGood FridaySarawak, Sabah
26 AprilAhadHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu

Kalendar Bulan Mei 2026

kalendar kuda 2026 mei

Perincian Cuti Bulan Mei 2026

TarikhHariCutiNegeri Bercuti
1 MeiJumaatHari PekerjaSemua Negeri
17 MeiAhadHari Ulang Tahun Keputeraan Raja PerlisPerlis
22 MeiJumaatHari Hol Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu BakarPahang
26 MeiSelasaHari ArafahTerengganu, Kelantan
27 MeiRabuHari Raya Korban / Haji /AidiladhaSemua Negeri
28 MeiKhamisHari Raya Korban / Haji / Aidiladha (Hari Kedua)Semua Negeri
30 MeiSabtuPesta Kaamatan / Pesta MenuaiSabah, WP. Labuan
31 MeiAhadPesta Kaamatan / Pesta Menuai –  Hari KeduaSabah, WP. Labuan
31 MeiAhadHari WesakSemua Negeri

Kalendar Bulan Jun 2026

kalendar kuda 2026 jun

Perincian Cuti Bulan Jun 2026

TarikhHariCutiNegeri Bercuti
1 JunIsninHari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongSemua Negeri
1 JunIsninPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
2 JunSelasaPerayaan Hari Gawai Dayak – Hari KeduaSarawak
17 JunRabuAwal Muharram / Maal HijrahSemua Negeri
21 JunAhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah

Kalendar Bulan Julai 2026

kalendar kuda 2026 julai

Perincian Cuti Bulan Julai 2026

TarikhHariCutiNegeri Bercuti
7 JulaiSelasaHari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
11 JulaiSabtuHari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau PinangPulau Pinang
21 JulaiSelasaHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
22 JulaiRabuHari Kemerdekaan SarawakSarawak
30 JulaiKhamisHari Keputeraan Sultan PahangPahang

Kalendar Bulan Ogos 2026

kalendar kuda 2026 ogos

Perincian Cuti Bulan Ogos 2026

TarikhHariCutiNegeri Bercuti
24 OgosIsninHari Jadi Yang di-Pertua Negeri MelakaMelaka
25 OgosSelasaHari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. / Maulidur RasulSemua Negeri
31 OgosIsninHari Kebangsaan / KemerdekaanSemua Negeri

Kalendar Bulan September 2026

kalendar kuda 2026 september

Perincian Cuti Bulan September 2026

TarikhHariCutiNegeri Bercuti
16 SeptRabuHari MalaysiaSemua Negeri
29 SeptSelasaHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
30 SeptRabuHari Keputeraan Sultan Kelantan – Hari KeduaKelantan

Kalendar Bulan Oktober 2026

kalendar kuda 2026 oktober terkini

Perincian Cuti Bulan Oktober 2026

TarikhHariCutiNegeri Bercuti
10 OktSabtuHari Jadi Yang Di-Pertua Negeri SarawakSarawak

Kalendar Bulan November 2026

kalendar kuda 2026 november

Perincian Cuti Bulan November 2026

TarikhHariCutiNegeri Bercuti
6 NovJumaatHari Keputeraan Sultan PerakPerak
8 NovAhadHari DeepavaliSemua Negeri / KECUALI Sarawak

Kalendar Bulan Disember 2026

kalendar kuda 2026 disember

Perincian Cuti Bulan Disember 2026

TarikhHariCutiNegeri Bercuti
11 DisJumaatHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
24 DisKhamisChristmas EveSabah
25 DisJumaatHari KrismasSemua Negeri

Sumber Rujukan: Jadual Hari Kelepasan AM Persekutuan Dan Negeri Tahun 2026

Lampiran Tarikh Penting Islam Tahun 2026 / 1447-1448 Hijrah

tarikh penting islam 2026

Kongsi Artikel Di: