Kalendar Islam bagi tahun 1447-1448 Hijrah bersamaan 2026 tahun Masihi tidak terhad sebagai sekeping dokumen penunjuk waktu tetapi ia adalah sebuah panduan penting bagi umat Islam di Malaysia. Setiap elemen dan maklumat dalam kalendar ini mempunyai peranan besar dalam merancang urusan harian, ibadat serta aktiviti sosial dan budaya umat Islam. Oleh itu, pemahaman mendalam mengenai takwim Hijrah ini adalah sebahagian pelengkap kepada kehidupan lebih teratur.
Perbezaan Kalendar Hijrah Dan Kalendar Masihi
Kalendar Hijrah juga dikenali sebagai takwim al-Qamari adalah sistem berasaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Berbeza dengan Kalendar Masihi yang menggunakan peredaran matahari sebagai asasnya. Kalendar Hijrah mempunyai 12 bulan dengan bilangan hari berbeza-beza setiap bulan, bergantung kepada fasa bulan. Sebagai contoh, bulan dalam takwim Hijrah biasanya mempunyai 29 atau 30 hari berbanding tahun dalam takwim Masihi yang mempunyai 365 hari (atau 366 hari dalam tahun lompat).
Keunikan Kalendar Hijrah ini menyebabkan perbezaan yang ketara dalam panjang tahun. Tahun dalam Kalendar Hijrah lebih pendek kira-kira 10 hingga 11 hari berbanding tahun dalam Kalendar Masihi. Oleh itu, tarikh-tarikh penting dalam Kalendar Islam tidak tetap pada tarikh yang sama dalam Kalendar Masihi. Setiap tahun, tarikh-tarikh seperti 1 Ramadan, 10 Zulhijah (Hari Raya Haji), dan 1 Syawal (Aidilfitri) akan bergerak ke depan dalam kalendar Masihi.
Takwim Hijrah terdapat bilangan bulan qamariah dalam setahun adalah 12 bulan seperti berikut:
Senarai Penuh 12 Bulan Islam
Bulan | Bulan |
---|---|
1. Muharram | 7. Rejab |
2. Safar | 8. Syaaban |
3. Rabiulawal | 9. Ramadhan |
4. Rabiulakhir | 10. Syawal |
5. Jamadilawal | 11. Zulkaedah |
6. Jamadilakhir | 12. Zulhijjah |
Peranan Kalendar Hijrah Dalam Kehidupan Umat Islam
Kalendar Hijrah memainkan peranan sangat penting dalam pengurusan kehidupan umat Islam. Selain menjadi panduan untuk mengatur waktu ibadat seperti solat, puasa dan haji, kalendar ini juga membantu dalam merancang aktiviti sosial dan budaya. Misalnya, bulan Ramadan sebagai bulan puasa dan bulan Syawal yang merupakan bulan perayaan Aidilfitri adalah antara tarikh penting yang sering dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Di Malaysia, Panel Pakar Falak (PPF) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertanggungjawab untuk menerbitkan takwim hijrah setiap tahun. Takwim ini bukan sahaja mengandungi tarikh-tarikh penting dalam Islam tetapi juga menyediakan maklumat berkaitan dengan waktu solat, bulan-bulan haram dan hari-hari kebesaran Islam. Ini menjadikan takwim hijrah sebagai rujukan berguna bagi umat Islam di Malaysia.
Takwim Kalendar Islam 2026 Bulan Hijrah 1447/48
Kalendar Islam membantu umat Islam menjalani kehidupan seharian dengan lebih teratur dalam perkara ibadah. Dengan mengetahui tarikh-tarikh penting dalam kalendar ini, umat Islam dapat melaksanakan ibadat dan aktiviti sosial dengan lebih baik. Oleh itu, adalah amat penting untuk umat Islam di Malaysia untuk menjadikan kalendar ini sebagai rujukan utama dalam kehidupan mereka.
Sila Dapatkan: Lampiran PDF Kalendar Islam 1446-1447 Hijrah
Takwim Hijrah Terbitan JAKIM
Setiap tahun Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menerbitkan takwim hijrah dan tarikh-tarikh penting dalam Islam sebagai panduan seluruh umat Islam di Malaysia.
Berikut editor sertakan lampiran kalendar Islam bulan Hijrah 1447-1448 bersamaan tahun 2026 Masihi serta perincian maklumat berhubung dengan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi Malaysia.
Tarikh Penting Islam 2026 Masihi (1447-1448 Hijriah)
Tarikh Hijri | Tarikh Miladi | Hari Perayaan Kebesaran Islam |
---|---|---|
27 Rejab 1447 | 17 Januari 2026 | Israk dan Mikraj |
1 Ramadan 1447 (*) | 19 Februari 2026 | Awal Ramadhan |
17 Ramadan 1447 | 7 Mac 2026 | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal 1447 (*) | 21 Mac 2026 | Hari Raya Aidilfitri |
1 Zulhijjah 1447 | 18 Mei 2026 | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah 1447 (*) | 27 Mei 2026 | Hari Raya Aidiladha |
1 Muharam 1448 | 17 Jun 2026 | Awal Muharam |
12 Rabiulawal 1448 | 25 Ogos 2026 | Maulidur Rasul |
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. |