Kalendar Islam 2021 takwim bulan hijrah 1442-1443 Malaysia
Kalendar Islam 2021 Malaysia Dan Takwim Bulan Islam 1442-1443 Hijrah. Kalendar Islam bagi tahun 1442-1443 Hijrah (tahun 2021 masihi) penting sebagai rujukan seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia kerana di dalamnya terkandung tarikh-tarikh penting dalam Islam yang merangkumi hari perayaan dan kebesaran Islam serta melaksanakan pelbagai urusan terutama dalam aspek ibadat.
Sejarah Mengenai Takwim Hijrah Kalendar Islam
Sebagai pengetahuan umum, berbeza dengan Kalendar Masihi, Takwim hijri (hijrah) merupakan salah satu dari takwim al-Qamari yang digunakan oleh seluruh masyarakat Islam. Ia merujuk kepada peredaran bulan mengelilingi bumi dan antara nama lain bagi takwim hijri ialah takwim al-Islami. Pengiraannya bermula daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Miladiah.
Kepentingan Takwim Hijrah Kepada Umat Islam
Yang paling utama, takwim mempunyai peranan amat besar dalam pengurusan kehidupan umat Islam. Ia merupakan sistem masa yang berkait rapat dengan aktiviti sosial dan keagamaan serta urusan pentadbiran kehidupan seharian manusia bergantung kepadanya.
Senarai Bulan-Bulan Islam
Takwim Hijriah terdapat bilangan bulan qamariah dalam setahun adalah 12 bulan iaitu Muharram, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.
Senarai sub-tajuk Artikel
Kalendar Islam 1442-1443 Bulan Hijrah Bagi Malaysia
Setiap tahun Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menerbitkan takwim hijrah dan tarikh-tarikh penting dalam Islam sebagai panduan seluruh umat Islam di Malaysia.
Berikut Infosentral sertakan lampiran kalendar Islam bulan Hijrah 1442-1443 bersamaan 2021 masihi serta perincian maklumat berhubung dengan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi Malaysia.
Lampiran PDF Kalendar Islam 1442-1443 Hijrah
![]() |
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2021 / 1442-1443 Hijriah
Tarikh Hijri | Tarikh Miladi | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
27 Rejab 1442 | 11 Mac 2021 | Israk dan Mikraj |
1 Ramadan 1442* | 13 April 2021 | Awal Ramadhan / Berpuasa |
17 Ramadan 1442 | 29 April 2021 | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal 1442* | 13 Mei 2021 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
1 Zulhijjah 1442 | 11 Julai 2021 | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah 1442* | 20 Julai 2021 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1443 | 10 Ogos 2021 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1443 | 19 Oktober 2021 | Maulidur Rasul |
Nota: Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. |
Perkara-Perkara Takwim Hijrah 1442-1443
![]() |