Skuad Lang Merah, Kedah meneruskan aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 bagi pusingan ketiga (Play-Off) dengan menentang wakil Korea Selatan iaitu pasukan FC Seoul dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung pada hari Selasa, 28 Januari 2020.

Mengenai aksi kelayakan ACL 2020 bagi pusingan ketiga (Play-Off) ini , pasukan Kedah tiada pilihan lain kecuali mendapatkan kemenangan bagi melayakkan mereka beraksi dalam saingan peringkat kumpulan ACL 2020. Sekiranya skuad Lang Merah berjaya memperoleh kemenangan keatas FC Seoul, sekaligus Kedah berjaya membuat penampilan mereka di peringkat Asia.

Kedah pastinya sudah bersedia menghadapi FC Seoul selepas berjaya menyingkirkan wakil Hong Kong, Wofoo Tai Po FC dengan kemenangan bergaya 5-1. Kemenangan paling bermakna tersebut sudah tentu akan menyuntik motivasi buat skuad Lang Merah bagi menghadapi cabaran FC Seoul pada kelayakan pusingan ketiga (PlayOff) saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Apa yang pasti, Skuad Lang Merah perlu bekerja keras dua kali ganda untuk menghadapi FC Seoul kerana seperti sedia maklum kualiti yang dimiliki oleh kelab-kelab di Korea Selatan adalah lebih baik berbanding pasukan Kedah. Namun dalam sukan bola sepak apa-apa pun boleh terjadi dan tidak mustahil Kedah mempunyai peluang untuk layak ke peringkat seterusnya.

Peminat dan penyokong setia skuad Lang Merah pastinya akan memberi tumpuan kepada perlawanan ini serta meletakkan harapan agar Kedah berjaya menewaskan FC Seoul untuk melangkah ke saingan sebenar ACL 2020.

Live Streaming Kedah Vs FC Seoul ACL 2020 Kelayakan

Perlawanan aksi kelayakan pusingan ketiga (Play-Off) Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 membabitkan Kedah menentang (vs) FC Seoul telah dijadual berlangung pada hari Selasa, 28 Januari 2020 bertempat di Seoul World Cup Stadium bermula jam 6 petang mengikut waktu di Malaysia.

Perlawanan ini turut disiarkan secara siaran langsung di Astro Fox Sports. Sekiranya perlawanan Kedah vs FC Seoul distrimkan di internet, Infosentral akan sertakan video live streaming dalam ruangan ini.

Keputusan Terkini Kedah Vs FC Seoul Kelayakan ACL 2020

Dalam pada itu, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Kedah vs FC Seoul bagi aksi kelayakan pusingan ketiga (Play-Off) Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan menerusi ruangan di bawah.

Keputusan Langsung Kedah Vs FC Seoul ACL 2020 Kelayakan
PasukanMasa PenuhPasukan
Kedah 14FC Seoul
Penjaring GolPenjaring Gol
52′ Osmar (OG)(P) Chu Young 38′
Dong- Jin 49′
Osmar 63′
Alibaev 90+’
Seoul World Cup Stadium