infosentral

Siaran langsung keputusan Kedah vs Felda United 12 September 2020

Keputusan Dan Live Streaming Kedah Vs Felda United Liga Super 2020. Skuad Lang Merah, Kedah meneruskan aksi saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 dengan menentang pasukan Felda United FC bagi perlawanan minggu ketujuh (LS7) yang telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 12 September 2020 .

Pertemuan membabitkan Kedah dan Felda United sememangnya sebuah perlawanan yang amat dinanti-nantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan memandangkan Kedah dan Felda United turun beraksi untuk merealisasikan misi penting mereka dimana Kedah memerlukan kemenangan bagi memperkukuhkan lagi kedudukan mereka yang kini berada di kelompok tiga pasukan terbaik liga, manakala Felda United mencari kemenangan untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga super 2020.

Sementara itu, aksi perlawanan Felda United FC menentang Kedah bagi saingan ke-7 Liga Super 2020 masih berlangsung tanpa kunjungan penyokong kedua-dua pasukan di stadium berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu kerajaan dalam membasmi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Meskipun tanpa kehadiran penyokong, Norma Baharu ini sudah tentu tidak akan menjadi penghalang buat pasukan Felda United selaku tuan rumah pada perlawanan ini bagi mendapatkan kemenangan dengan meraih tiga mata berharga di laman sendiri.

Manakala pasukan Kedah pula, dengan beraksi di tempat lawan, pastinya jurulatih mereka menurunkan kesebelasan pemain terbaik selain sedaya upaya mendapatkan kemenangan bagi mempertahankan kedudukan Kedah selaku tiga pasukan teratas dalam carta Liga Super 2020 setakat ini.

Mengenai kedudukan pasukan dalam carta liga selepas mengharungi enam perlawanan sebelum ini menyaksikan Felda United berada di tangga kesembilan liga dengan enam mata. Manakala Kedah pula berada dikedudukan ketiga liga dengan kutipan 10 mata.

Secara keseluruhannya, pertembungan membabitkan Kedah dan Felda United FC pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka meneruskan momentum kemenangan.

Baca Juga :  Siaran langsung keputusan Kedah vs PDRM 29 Ogos 2020

Senarai sub-tajuk Artikel

Siaran Langsung Atau Live Streaming Kedah Vs Felda United Liga Super 12 September 2020

Perlawanan ke-7 saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan Kedah menentang (vs) Felda United telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 12 September 2020 bertempat di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Pahang.

Untuk makluman, aksi Kedah vs Felda United FC turut disiarkan secara siaran langsung serta boleh menonton secara live streaming melalui Unifi Sports 1 dan 2 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Info Live Streaming Kedah Vs Felda United Liga Super 2020

Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung aksi perlawanan Liga Super secara percuma melalui saluran rasmi Youtube Unifi.

Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong Felda United dan Kedah yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan Felda United menentang Kedah, saingan ketujuh Liga Super di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.

Youtube Unifi:https://www.youtube.com/c/unifiistheone

Keputusan Terkini Kedah Vs Felda United CIMB Liga Super 2020

Sebagai pengkongsian bersama, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Kedah vs Felda United bagi perlawanan ketujuh saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini

Keputusan Langsung Kedah Vs Felda United CIMB Liga Super 2020 LS7

Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Felda United12Kedah
Penjaring GolPenjaring Gol
45′ Syahmi ZamriTchetche Kipré 48′
Hadin Azman 66′
Stadium Tun Abdul Razak
Dikemaskini Pada 15 Oktober 2020 — 9:02PM
dividend asb
Tarikh pengumuman dan jumlah bonus dividen ASB
gaji kakitangan awam kerajaan
Jadual gaji tarikh pembayaran gaji terkini penjawat awam
bpr bantuan prihatin rakyat
Jadual pembayaran duit BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat
duit pencen pesara kerajaan
Jadual tarikh bayaran duit pencen terkini pesara kerajaan
tarikh rasmi sekolah buka
Kes Koronavirus tarikh sekolah buka 2020 seluruh negeri Malaysia
live streaming gegar vaganza 2020
Siaran langsung Gegar Vaganza 2020 konsert GV7
bpr bantuan prihatin rakyat
Permohonan BPR 2021 dan semakan keputusan Bantuan Prihatin Rakyat
anugerah juara lagu
Siaran langsung keputusan AJL 35 Anugerah Juara Lagu Februari 2021
permohonan i sinar kwsp
Permohonan i-sinar kwsp keluar duit akaun 1 dan semakan keputusan
tarikh bonus kakitangan awam pesara
Tarikh bayaran bonus bajet 2021 penjawat awam dan pesara
bantuan beli handphone baru bajet 2021
Permohonan bantuan beli telefon baru dan langgan internet 2021
jadual duit bpn
Jadual pembayaran duit BPN 2.0 Bantuan Prihatin Nasional bujang dan isi rumah
anugerah juara lagu
Keputusan AJL 35 senarai finalis Anugerah Juara Lagu
dividen bonus tabung haji terkini
Tarikh pengumuman dan jumlah peratus bonus tabung haji
kalendar hijrah takwim bulan islam
Kalendar Islam 2021 takwim bulan hijrah 1442-1443 Malaysia
semakan i lestari kwsp online
Semakan status keputusan i Lestari KWSP permohonan pengeluaran
carta piala malaysia
Kedudukan carta Piala Malaysia 2020 keputusan dan jadual
© Infosentral.my - All Rights Reserved.