Siaran langsung keputusan Kedah vs Melaka United 5 Oktober 2020
Keputusan Dan Live Streaming Kedah Vs Melaka United Liga Super 2020. Skuad Lang Merah, Kedah melayani kunjungan pasukan Melaka United dalam perlawanan minggu kesepuluh saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 (LS10) yang telah dijadual berlangsung buat kedua-dua pasukan pada hari Isnin, 5 Oktober 2020.
Pertemuan membabitkan Kedah dan Melaka United sememangnya sebuah perlawanan tumpuan yang amat dinanti-nantikan oleh penyokong kedua-dua pasukan berikutan Kedah dan Melaka United turun beraksi untuk merealisasikan misi penting mereka dimana Kedah memerlukan kemenangan bagi merapatkan jurang perbezaan mata dengan Perak dalam perebutan tempat kedua, manakala Melaka United pula mencari kemenangan bagi melonjakkan kedudukan pasukan ke tangga terbaik sebelum berakhirnya saingan Liga Super musim 2020.
Dalam pada itu, aksi perlawanan Kedah menentang Melaka United bagi saingan kesepuluh Liga Super 2020 masih berlangsung tanpa kunjungan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu kerajaan dalam membasmi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Mengenai kedudukan pasukan dalam carta liga selepas mengharungi sembilan aksi perlawanan sebelum ini menyaksikan Kedah berada di tangga ketiga dengan enam belas mata. Manakala Melaka United pula berada dikedudukan ketujuh liga setelah meraih sebelas mata setakat ini.
Pertembungan membabitkan Kedah dan Melaka United pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka memperoleh keputusan kemenangan sekaligus dapat menambah tiga mata berharga.
Senarai sub-tajuk Artikel
Siaran Langsung Kedah Vs Melaka United Liga Super 5 Oktober 2020
Perlawanan kesepuluh saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan Kedah menentang (vs) Melaka United telah dijadual berlangsung pada hari Isnin, 5 Oktober 2020 bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Untuk makluman, aksi Kedah vs Melaka United turut disiarkan secara siaran langsung melalui Unifi Sports 1 dan 2 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Info Live Streaming Kedah Vs Melaka United Liga Super 2020
Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung aksi perlawanan Liga Super secara percuma melalui saluran rasmi Youtube Unifi.
Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong Kedah dan Melaka United yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan Kedah menentang Melaka, saingan minggu kesepuluh Liga Super secara live streaming di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.
Youtube Unifi: https://www.youtube.com/c/unifiistheone
Keputusan Terkini Kedah Vs Melaka United CIMB Liga Super 2020
Sebagai pengkongsian bersama, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Kedah vs Melaka United bagi perlawanan kesepuluh saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini |
Keputusan Langsung Kedah Vs Melaka United CIMB Liga Super 2020 LS10 | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Kedah | 1 | – | Melaka United | |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
19′ Shakir Hamzah | – | |||
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur |