Infosentral.my

Siaran langsung keputusan Kedah vs UiTM FC 11 Mac 2020

Siaran langsung keputusan Kedah vs UiTM FC 11 Mac 2020

Pasukan UiTM FC melayani kunjungan skuad Lang Merah, Kedah bagi aksi perlawanan ketiga (LS3) saingan CIMB Liga Super 2020 yang telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 11 Mac 2020.

Pertembungan ini penting buat kedua-dua pasukan bagi merebut 3 mata pertama dalam carta liga selepas masing-masing tewas dua perlawanan berturut-turut selain mahu mengembalikan keyakinan penyokong setia terhadap mereka untuk mengharungi saingan Liga Super seterusnya.

UiTM FC mahupun Kedah pastinya akan bangkit daripada kekecewaan dan tampil positif serta bersemangat dalam usaha merealisasikan kemenangan pertama.

Apapun. aksi membabitkan UiTM FC dan Kedah pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia skuad Lang Merah terutamanya yang mahu pasukan mereka meraih kemenangan pertama di tempat lawan.

Live Streaming Kedah Vs UiTM FC Liga Super 11 Mac 2020

Aksi ketiga saingan Liga Super Malaysia 2020 (LS3) membabitkan pasukan UiTM menentang (vs) Kedah telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 11 Mac 2020 bertempat di Stadium UiTM, Shah Alam.

Untuk info, perlawanan Kedah vs UiTM FC turut disiarkan secara siaran langsung melalui Unifi Sports seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Keputusan Terkini UiTM FC Vs Kedah CIMB Liga Super 2020

Dalam perkembangan yang sama, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Kedah vs UiTM FC bagi perlawanan ketiga saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

KEPUTUSAN LANGSUNG UITM FC VS KEDAH CIMB LIGA SUPER 2020 LS3

Tuan RumahMasa PenuhPelawat
UiTM FC Siaran langsung keputusan Kedah vs UiTM FC 11 Mac 202011Siaran langsung keputusan Kedah vs UiTM FC 11 Mac 2020 Kedah
Penjaring GolPenjaring Gol
Siaran langsung keputusan Kedah vs UiTM FC 11 Mac 202082′ GustavoKpah 30′Siaran langsung keputusan Kedah vs UiTM FC 11 Mac 2020
Siaran langsung keputusan Kedah vs UiTM FC 11 Mac 2020Stadium UiTM Shah Alam
Siaran langsung keputusan Kedah vs UiTM FC 11 Mac 2020 PLATFORM BERKAITAN
Siaran langsung keputusan Kedah vs UiTM FC 11 Mac 2020 Keputusan Kedudukan Carta Dan Jadual Penuh Liga Super 2020
© Infosentral.my - All Rights Reserved.