Keputusan Live Streaming Kedah Vs Visakha FC 2022 Piala AFC (AFC Cup) Semasa, Terkini Dan Penuh

Skuad Kedah Darul Aman FC meneruskan cabaran Piala AFC (AFC Cup) 2022 dengan menentang wakil Cambodia iaitu pasukan Visakha FC bagi perlawanan terakhir kumpulan G yang telah dijadual berlangsung pada hari Khamis, 30 Jun 2022.

Kedah Darul Aman FC Tiada Pilihan Kecuali Kemenangan

Selepas berjaya menghidupkan kembali peluang untuk melangkah ke peringkat saingan seterusnya, Kedah FC akan berdepan satu cabaran besar iaitu misi hidup mati pada perlawanan ini yang memerlukan Kedah tiada pilihan kecuali kemenangan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan (G) saingan Piala AFC 2022.

Peluang Kedah Untuk Mara Ke Peringkat Separuh Akhir Antara Zon Piala AFC 2022 Masih Ada

Peluang Kedah FC untuk mara ke peringkat separuh akhir antara Zon Piala AFC 2022 masih terbuka dengan syarat Kedah FC perlu menewaskan Visakha FC dengan jumlah jaringan yang besar pada perlawanan terakhir ini.

Kedah Vs Visakha FC Dalam Misi Memburu Tempat Ke Peringkat Separuh Akhir Antara Zon Piala AFC 2022

Pertembungan Kedah dan Visakha FC merupakan misi penting buat kedua-dua pasukan, kerana dengan hanya kemenangan sahaja disamping memperoleh jumlah jaringan gol besar yang dapat melayakkan pasukan ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala AFC 2022.

Format Saingan Piala AFC (AFC Cup) 2022 Secara Ringkas

  1. Saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022 merupakan edisi ke-19 membabitkan penyertaan 39 pasukan telah di undi mengikut 10 kumpulan masing-masing yang menyaksikan setiap kumpulan di huni oleh empat pasukan kecuali kumpulan F, H dan J hanya tiga pasukan sahaja.
  2. Perlawanan peringkat kumpulan dimainkan secara round robin tunggal (satu perlawanan setiap pasukan).
  3. Pasukan yang berjaya menjadi juara kumpulan akan layak ke peringkat saingan kalah mati (separuh akhir) manakala pasukan naib juara berpeluang layak berdasarkan pengiraan dan perbandingan serta pungutan mata paling tinggi di antara naib juara kumpulan-kumpulan lain.
  4. Saingan peringkat kalah mati (separuh akhir) antara zon secara keseluruhannya membabitkan 10 pasukan perlawanan diadakan secara timbal balik.
  5. Perlawanan akhir akan menemukan pemenang separuh akhir Zon Asia Barat menentang pemenang separuh akhir Zon ASEAN.

Siaran Langsung Atau Live Streaming Kedah Vs Visakha FC 30 Jun 2022 Piala AFC

Saingan peringkat kumpulan saingan Piala AFC 2022 bagi perlawanan terakhir (ke-3) kumpulan G membabitkan pasukan Kedah menentang Visakha FC telah dijadual berlangsung pada hari Khamis, 30 Jun 2022 bermula jam 9 malam waktu Malaysia bertempat di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali Indonesia.

Aksi perlawanan Kedah vs Visakha FC turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran sukan Astro Arena 2 seawal jam 8:00 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.

Pautan (Link) Tontonan Online
πŸ”—Live Streaming Kedah Vs Visakha FC Piala AFC 2022
πŸ”—Live Streaming Kedah Vs Visakha FC AFC Cup 2022 Alternatif

Keputusan Terkini Kedah Vs Visakha FC Piala AFC 2022

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Kedah vs Visakha FC bagi perlawanan terakhir saingan peringkat kumpulan (G) saingan Piala AFC 2022 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung Kedah Vs Visakha FC AFC Cup 2022
Stadium Kapten I Wayan Dipta
PasukanMasa PenuhPasukan
Kedah FC5–1Visakha FC
Penjaring GolPenjaring Gol
28′,45’+2,54′ Al-Mardi
67′ Fayadh
77′ Ronald Ngah
Faeez Khan 20′
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini.
Pautan (Link) Info Berkaitan
πŸ”—Jadual Penuh, Keputusan Dan Kedudukan Carta Kedah AFC Cup 2022