Perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 edisi ke-23 dan Piala Asia 2027 edisi ke-19 membabitkan pasukan Malaysia dan negara-negara Benua Asia yang juga merupakan ahli Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kini bermula.

Saingan Malaysia

Malaysia memulakan saingan kelayakan Piala Dunia 2026 di peringkat pusingan kedua dengan menyaksikan Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan D bersama dengan pasukan Oman, Kyrgyzstan dan Chinese Taipei (Taiwan).

Rumusan Peringkat Kelayakan

Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia membabitkan empat peringkat pusingan kelayakan.

Setiap pasukan akan bersaing bagi merebut tempat kelayakan di peringkat seterusnya sehingga berjaya mendapat tempat ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 yang diadakan di tiga buah negara tuan rumah bersama iaitu Canada, Mexico dan United States (USA).

Ringkasan Format Pusingan 2

  1. Peringkat pusingan kedua membabitkan 36 pasukan keseluruhannya termasuk dengan pasukan yang berjaya mara dari pusingan pertama.
  2. Sebanyak 36 pasukan telah dibahagikan kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan dihuni oleh empat pasukan dimana perlawanan diadakan di tempat sendiri dan di tempat lawan.
  3. Juara dan Naib Juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 serta layak secara automatik ke Piala Asia AFC 2027.
  4. Dua pasukan yang berada kedudukan Ketiga dan Keempat setiap kumpulan tersingkir dari kelayakan Piala Dunia selain perlu mengharungi aksi kelayakan ke Piala Asia 2027 bermula pada peringkat pusingan ke-3.

Misi Ke Piala Dunia

Meskipun misi untuk layak ke Piala Dunia dalam tempoh terdekat dirumuskan sebagai misi mustahil namun sekurang-kurangnya Malaysia sudah semakin hampir untuk ke Piala Dunia.

Sebagai rekod, bermula penganjuran Piala Dunia sejak tahun 1930, Malaysia belum pernah lagi berjaya layak ke Piala Dunia. Pencapaian terbaik Malaysia adalah hanya di peringkat pusingan kedua kempen kelayakan.

Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026

Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan semua maklumat kelayakan membabitkan pasukan Malaysia merangkumi keputusan rasmi serta kedudukan carta dan jadual terkini bola sepak kelayakan Piala Dunia 2026 yang dikemaskini pada tarikh atau hari perlawanan dijadual berlangsung.

Senarai 4 Pasukan Kumpulan D

Berikut adalah senarai empat kumpulan yang menghuni kumpulan D bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2026. Sebagai info, editor hanya memfokuskan pasukan Malaysia sahaja dan pasukan lain yang berada dalam kumpulan D.

Senarai 4 Pasukan Kumpulan D
GDPasukan
bendera malaysiaMalaysia
bendera omanOman
bendera kyrgyzstanKyrgyzstan
bendera chinese taipeiChinese Taipei

Kedudukan Carta Terkini Jadual Dan Keputusan

Berikut merupakan pernyataan maklumat secara eksklusif berhubung dengan jadual, kedudukan carta dan keputusan Malaysia kelayakan piala dunia 2026 dalam saingan kumpulan D.

Jadual Dan Keputusan Malaysia Kumpulan D
Tarikh  MasaTuan RumahKeputusanPelawat
16 November 2023 – Khamis
9:00PMMalaysia43Kyrgyzstan
11:00PMOman30C. Taipei
21 November 2023 – Selasa
7:00PMC. Taipei01Malaysia
10:00PMKyrgyzstan10Oman
21 Mac 2024 – Khamis
PMOmanMalaysia
PMC. TaipeiKyrgyzstan
26 Mac 2024 – Selasa
PMKyrgyzstanC. Taipei
PMMalaysiaOman
6 Jun 2024 – Khamis
PMKyrgyzstanMalaysia
PMC. TaipeiOman
11 Jun 2024 – Selasa
9:00PMMalaysiaC. Taipei
PMOmanKyrgyzstan
Kedudukan Carta Terkini Malaysia Kumpulan D
GDPasukanBPMSKJGGBPGMT
1bendera malaysiaMalaysia220053+26
2bendera omanOman210131+23
3bendera kyrgyzstanKyrgyzstan210144+03
4bendera chinese taipeiChinese Taipei200204-40
Petunjuk Singkatan Bagi Carta
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan PerlawananMenangSeriKalahJaringan GolGol BolosPerbezaan GolMata
Petunjuk Warna Dalam Carta
Mara Ke Pusingan 3Tersingkir