Kemaskini Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam Malaysia 2024

Kenaikan tangga gaji penjawat awam merupakan isu yang selalu dibangkitkan malah ia menjadi perhatian oleh semua penjawat awam atau kakitangan Awam di Malaysia.

Seiring dengan keadaan ekonomi semasa, terdapat desas-desus dan tuntutan yang semakin meningkat dari golongan penjawat awam bagi mendapatkan kenaikan gaji yang lebih berpatutan untuk berhadapan dengan kos sara hidup yang kini semakin meningkat.

Penjawat Awam di sektor perkhidmatan awam kini berdepan kesan paling besar termasuk jurang gaji yang semakin melebar, bebanan kos sara hidup dan kadar pencen yang tidak setimpal.

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengumumkan kenaikan gaji bagi penjawat awam yang telah dilaksanakan secara berperingkat mengikut gred jawatan masing-masing. Walau bagaimanapun, tuntutan untuk kenaikan gaji yang lebih besar masih terus dibangkitkan oleh beberapa pihak terutamanya Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Salah satu faktor utama yang digunakan oleh pihak yang menyokong kenaikan gaji penjawat awam adalah disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup kini yang semakin mencabar. Dengan harga barangan dan perkhidmatan yang terus meningkat, golongan penjawat awam merasakan bahawa gaji mereka tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas harian berbanding dengan pekerja di sektor swasta.

Kerajaan pasti akan membuat kajian dan penelitian secara menyeluruh berhubung dengan isu tuntutan gaji oleh penjawat awam kerana kenaikan gaji penjawat awam boleh memberi tekanan kepada fiskal negara dan mempengaruhi kestabilan ekonomi secara keseluruhan. Kerajaan perlu mengambil kira faktor-faktor lain sebelum membuat keputusan mengenai kenaikan gaji.

Tuntutan kenaikan gaji penjawat awam di Malaysia merupakan satu perbincangan yang kompleks dan memerlukan pertimbangan yang teliti dari pelbagai sudut.

Keputusan yang dibuat perlu mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk penjawat awam, kerajaan, dan masyarakat secara keseluruhannya. Dengan pendekatan yang seimbang dan berhemah, diharapkan penyelesaian yang terbaik dapat dicapai untuk kebaikan bersama.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media telah memaklumkan bahawa keputusan penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam akan diumumkan pada perhimpunan Hari Pekerja awal bulan depan iaitu bulan Mei.

Sebagai info, kali terakhir semakan SSPA dilaksanakan pada 2001 dan penambahbaikan gaji tidak dibuat sejak 2013.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2024 di PICC yang diadakan pada 1 Mei 2024 telah mengumumkan berita gembira kepada penjawat awam.

Berita gembira tersebut adalah berhubung dengan kenaikan gaji yang menyaksikan penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember 2024 iaitu kadar tertinggi dalam sejarah sektor perkhidmatan awam di Malaysia.