Keputusan Senarai Lagu Layak Ke Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 2022 Finalis AJL36
Tamat sudah saingan peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36) apabila peminat dan penonton bakal menyaksikan 12 finalis akan bersaing pada peringkat akhir di pentas Anugerah Juara Lagu dengan mempertaruhkan lagu masing-masing bagi merebut gelaran Juara Lagu.
Anugerah Juara Lagu AJL 36
Anugerah Juara Lagu atau AJL merupakan sebuah pertandingan nyanyian berprestij tempatan yang diadakan setiap tahun terbitan TV3 dengan mempertandingkan lagu-lagu terbaik dendangan (artis) kumpulan serta penyanyi di Malaysia.
Anugerah Juara Lagu kini sudah memasuki edisi ke-36 (AJL36) masih mengekalkan peraturan pertandingan sedia ada iaitu lagu-lagu terbaik yang dipilih adalah berdasarkan keputusan pemarkahan oleh juri profesional.
Objektif Anugerah Juara Lagu
Objektif utama Anugerah Juara Lagu adalah memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada Komposer, Penulis Lirik dan Penyanyi menerusi pertandingan yang diadili dengan telus oleh juri profesional yang telah diberi kepercayaan oleh pihak TV3.
Seperti yang diketahui umum, setiap tahun, Anugerah Juara Lagu menobatkan pemenang berdasarkan setiap kategori yang dipertandingkan iaitu Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu yang menyaksikan setiap pemenang akan memenangi hadiah pertandingan berupa wang tunai dan sebuah trofi AJL.
Finalis AJL36
12 finalis AJL yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu telah berentap di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik yang secara keseluruhannya membabitkan 30 buah lagu yang mahu merebut tempat ke pentas akhir AJL .
Bahang Kemuncak Anugerah Juara Lagu 2022 AJL36
Kini, bahang kemuncak Anugerah Juara Lagu AJL 36 kian dirasai apabila senarai finalis AJL36 telah diumumkan selepas tamat episod kedua pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36.
Tarikh Final AJL 36 Anugerah Juara Lagu 2022
AJL 36 akan berlangsung pada 6 Mac 2022 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (PWTC) Kuala Lumpur serta turut disiarkan secara siaran langsung menerusi TV3.
Keputusan Senarai Finalis AJL 2022 Anugerah Juara Lagu 36
Berikut adalah senarai penuh finalis (penyanyi) bersama lagu-lagu mereka yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) bagi merebut gelaran utama iaitu Juara Lagu dan kategori-kategori lain yang dipertandingkan.
Paparan Senarai Penuh 12 Buah Lagu Finalis AJL36 | ||
Bil | Penyanyi | Judul Lagu |
1 | Haqiem Rusli | Mimpi |
2 | Aina Abdul | Sepi |
3 | Khai Bahar & Aina Abdul | Nafas Cinta |
4 | Ernie Zakry | Boneka |
5 | Naim Daniel | Purnama |
6 | SOG & Shila Hamzah | Pelukan Angkasa |
7 | Noraniza Idris & Bunga | Intan Payung |
8 | YonnyBoii | Salahku |
9 | Shiha Zikir & Noki | Aewo |
10 | Hael Husaini / Naim Daniel / Hakim Rosli | Lara |
11 | Siti Nordiana | Angkara |
12 | Marsha Milan | Cinta |
Keputusan Kedudukan Pemenang Dan Juara Final AJL 36
Berikut merupakan carta bagi kedudukan pemenang dan juara AJL36 bersama dengan hadiah-hadiah berupa trofi dan wang tunai yang ditawarkan.
Kedudukan Pemenang Dan Juara AJL36 | |||
Kedudukan | Kategori | Pemenang | Lagu | Hadiah |
Juara AJL 36 | SOG & Shila Hamzah | Pelukan Angkasa | RM100,000 |
Naib Juara | Marsha Milan | Cinta | RM50,000 |
Ketiga | Haqiem Rusli | Mimpi | RM30,000 |
Vokal Terbaik | Aina Abdul | Sepi | RM12,000 |
Persembahan Terbaik | Marsha Milan | Cinta | RM18,000 |
Penyanyi Pilihan Popular | Khai Bahar & Aina Abdul | RM5,000 | |