Semakan Status Kelulusan Keputusan Pengeluaran i Lestari Duit KWSP
Ahli-ahli (pencarum) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah mengemukakan permohonan pengeluaran wang simpanan yang ada dalam Akaun 2 melalui pengeluaran i-Lestari boleh membuat semakan status permohonan bagi mengetahui sama ada permohonan keputusan i Lestari KWSP tersebut diluluskan (berjaya) ataupun tidak diluluskan (tidak berjaya).
Kelulusan I-Lestari Tertakluk Kepada Syarat-Syarat
Kelulusan permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP adalah tertakluk kepada syarat serta kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sekiranya permohonan pengeluaran i-Lestari yang diluluskan itu diterima pada bulan April 2020, maka ahli layak menerima wang pengeluaran i-Lestari dengan bilangan maksimum selama 12 bulan.
Semakan Status Keputusan i Lestari KWSP Permohonan Pengeluaran
Ahli-ahli KWSP yang permohonan mereka telah diterima bagi pengeluaran i-Lestari boleh mengetahui status keputusan permohonan tersebut dengan membuat semakan secara dalam talian (online) melalui sistem semakan di Portal Rasmi i-Lestari Online.
Cara Buat Semakan Keputusan i-Lestari KWSP Secara Online
Berikut Infosentral sertakan maklumat dan kaedah semakan status keputusan permohonan pengeluaran i-Lestari iaitu dengan menggunakan perkhidmatan secara dalam talian (online). Semakan dengan menggunakan cara ini tidak merumitkan selain menjimatkan masa kerana ahli-ahli tidak perlu pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan.
Langkah-Langkah Semakan Keputusan Pengeluaran i-Lestari KWSP
Sila layari Portal Rasmi i-Lestari Online di pautan (link) di bawah.
Sila lengkapkan ruangan Nombor Mykad dan Nomber Telefon Bimbit. Seteruskan tandakan ruangan Captcha dan klik pada butang Semak
- Sila pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.
- Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.
- Permohonan melalui emel / pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.
Tarikh Pembayaran Pengeluaran i-Lestari KWSP
Bagi permohonan yang telah disahkan berjaya (diluluskan) bayaran pengeluaran bulan pertama akan dikreditkan ke dalam bank anda bermula pada 4 Mei 2020.
Maklumat Lanjut Pengeluaran i-Lestari KWSP
Sekiranya ahli-ahli KWSP mempunyai persoalan dan mahu mendapatkan jawapan yang tepat berhubung dengan Pengeluaran i-Lestari, sila layari halaman Soalan Dan Jawapan di Portal Rasmi KWSP melalui judul pautan (link) di bawah.