Keputusan terkini Liga Super 5 6 dan 7 Mac 2021
Kemaskini Langsung Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh Liga Super 2021 Perlawanan Pertama. Setelah lama menanti, akhirnya saingan Liga Super Malaysia musim 2021 kini kembali mewarnai kancah sukan bola sepak tanahair dengan berlangsungnya perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) iaitu aksi Piala Sumbangsih yang membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 5 Mac 2021.
12 Pasukan Sudah Bersedia Menghadapi Cabaran Liga Super 2021
Kesemua 12 pasukan yang telah layak beraksi dalam saingan Liga Super 2021 sudah bersedia dari segi pengurusan pemain apabila membuat pembelian pemain berstatus bintang bagi memperkuatkan lagi pasukan masing-masing.
Objektif Setiap Pasukan Dalam Saingan Liga Super 2021
Liga Super 2021 turut menyaksikan semua pasukan meletakkan objektif tertinggi iaitu mahu mencabar dan memberi saingan sengit kepada juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dimana masing-masing telah menyusun kembali program pembangunan akar umbi, sistem kejurulatihan dan strategi bagi memastikan objektif tersebut dapat direalisasikan dengan sempurna.
Persaingan Liga Super 2021 Dijangka Lebih Sengit
Dengan sasaran dan matlamat setiap pasukan masing-masing, sudah tentu saingan Liga Super 2021 menjadi lebih sengit dan secara tidak langsung faktor ini sekaligus akan memberi tekanan kepada JDT yang sudah pasti mahu mengekalkan status juara buat kali kelapan berturut-turut.
Liga Super Perlukan Pencabar
Berdasarkan pemerhatian Infosentral, Liga Super perlukan pencabar yang mampu menggugat kedudukan JDT kerana faktor ini perlu ada bagi mengelak saingan Liga Super daripada memasuki edisi yang membosankan apabila asyik pasukan yang sama sahaja merangkul kejuaraan.
Senarai sub-tajuk Artikel
Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Liga Super 2021
Berikut merupakan keputusan langsung (live score) saingan Liga Super Malaysia 2021 bagi perlawanan minggu pertama (LS1) yang telah dijadual berlangsung malam ini pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bertarikh 5, 6 & 7 Mac 2021.
Jadual Siaran Langsung Liga Super 2021 LS 1
Pasukan | Live | Hari |
JDT vs Kedah (KDA FC) | Jumaat | |
Penang FC vs Kuala Lumpur United FC | Sabtu | |
UiTM FC vs Terengganu FC | Sabtu | |
Selangor FC vs Sri Pahang FC | Sabtu | |
Melaka United FC vs Sabah FC | Sabtu | |
Perak FC vs PJ City FC | Ahad |
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini |
Keputusan Liga Super Perlawanan 1 (LS1) 5.3.2021 Jumaat | ||||
Tuan Rumah | 9:00PM | Pelawat | ||
JDT | – | KDA FC | ||
Penjaring Gol | Piala Sumbangsih | Penjaring Gol | ||
Stadium Sultan Ibrahim |
Keputusan Liga Super Perlawanan 1 (LS1) 6.3.2021 Sabtu | ||||
Tuan Rumah | 9:00PM | Pelawat | ||
Penang FC | – | KL United FC | ||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang |
Tuan Rumah | 9:00PM | Pelawat | ||
UiTM FC | – | Terengganu FC | ||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
Stadium UiTM, Shah Alam |
Tuan Rumah | 9:00PM | Pelawat | ||
Selangor FC | – | Sri Pahang FC | ||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
Stadium Majlis Bandaraya, Petaling Jaya |
Tuan Rumah | 9:00PM | Pelawat | ||
Melaka United FC | – | Sabah FC | ||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
Stadium Hang Jebat |
Keputusan Liga Super Perlawanan 1 (LS1) 7.3.2021 Ahad | ||||
Tuan Rumah | 9:00PM | Pelawat | ||
Perak FC | – | PJ City FC | ||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
Stadium Perak Ipoh |
Info Berkaitan |
Pautan : Kedudukan Carta Liga Super 2021 Dan Jadual Penuh Perlawanan |