Keputusan terkini Piala Malaysia 6, 7 dan 8 November 2020
Kemaskini Langsung Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh TM Piala Malaysia 2020. Setelah menanti, akhirnya saingan Piala Malaysia musim 2020 kini kembali mewarnai kancah sukan bola sepak tanahair dengan berlangsungnya perlawanan pembuka tirai pusingan pertama Piala Malaysia 2020.
Penyertaan Pasukan Dalam Kejohanan Piala Malaysia 2020
Saingan Piala Malaysia 2020 membabitkan penyertaan 16 pasukan yang layak iaitu terdiri daripada 11 pasukan teratas Liga Super dan 5 pasukan teratas dari Liga Premier. Namun pada saat-saat akhir pasukan Sabah terpaksa menarik diri daripada saingan kerana terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sekaligus mengurangkan sebuah pasukan dalam saingan Piala Malaysia 2020.
Format Baru Piala Malaysia 2020
Kejohanan Piala Malaysia 2020 berlangsung dengan format baru yang hanya digunapakai pada musim ini dengan menyaksikan saingan Piala Malaysia 2020 membabitkan 16 pasukan yang layak akan berlangsung secara kalah mati serta tanpa aksi peringkat kumpulan dan tiada perlawanan timbal balik.
Undian Piala Malaysia 2020
Undian bagi menentukan lawan pada pusingan pertama Piala Malaysia telah berlangsung dengan menyaksikan pasukan Kuala Lumpur layak ke peringkat suku akhir secara automatik setelah mendapat ‘bye’ berikutan penarikan diri pasukan Sabah dari saingan Piala Malaysia 2020 akibat PKPB.
Perlawanan Peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir Dan Final Piala Malaysia 2020
Sebagai info, saingan suku akhir TM Piala Malaysia 2020 akan berlangsung pada 12 dan 13 November 2020 manakala separuh akhir (17 November 2020) dan perlawanan akhir (22 November 2020) dengan menggunakan format kalah mati tanpa timbal balik bermula pusingan pertama di mana venue suku akhir akan dimaklumkan sebaik tamat perlawanan yang berlangsung pada 6, 7 dan 8 November 2020.
Juara Bertahan Piala Malaysia
Pasukan Johor Darul Ta’zim ( JDT ) merupakan juara bertahan bagi saingan Piala Malaysia edisi kali ini selepas menewaskan pasukan Kedah menerusi jaringan 3-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu, 2019.
Senarai sub-tajuk Artikel
Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh Piala Malaysia 2020
Berikut merupakan keputusan langsung (live score) saingan TM Piala Malaysia 2020 bagi perlawanan kalah mati pusingan pertama (1) yang telah dijadual berlangsung malam ini pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bertarikh 6, 7 & 8 November 2020.
Jadual Siaran Langsung TM Piala Malaysia 2020 Pusingan 1 | ||
Pasukan | Live | Hari |
Pulau Pinang vs Felda United | Unifi | Jumaat |
JDT vs Kuching FA | Unifi | Jumaat |
Kedah vs Pahang | Unifi | Jumaat |
Terengganu FC vs PJ City FC | Unifi | Sabtu |
Perak vs Kelantan United | Unifi | Sabtu |
UiTM FC vs Kelantan | Unifi | Ahad |
Selangor vs Melaka United | Unifi | Ahad |
Info Berkaitan |
Jadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Piala Malaysia 2020 |
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini |
Keputusan Piala Malaysia Pusingan 1 – 6.11.2020 Jumaat | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Pulau Pinang | 3 | – | 1 | Felda United |
Stadium Bandaraya Pulau Pinang | ||||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
37′ Casagrande 62′ Amer Azahar 75′ Rafael Vitor | Nicolás Vélez 49′ |
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
JDT | 1 | – | Kuching FA | |
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin | ||||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
19′ Arif Aiman | – |
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Kedah | 3 | – | 2 | Pahang |
Stadium Darul Aman, Alor Setar | ||||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
17′ Shakir Hamzah 36′ Kpah Sherman 44′ Kipré Tchétché | Muslim Ahmad 49′ Faizal Rani 88′ |
Keputusan Piala Malaysia Pusingan 1 – 7.11.2020 Sabtu | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Terengganu FC | 1 | – | PJ City FC | |
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak | ||||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
37′ Sanjar | – |
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Perak | 4 | – | Kelantan Utd | |
Stadium Perak, Ipoh | ||||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
6′, 21′, 49′ Dos Santos 90+1′ Careca | – |
Keputusan Piala Malaysia Pusingan 1 – 8.11.2020 Ahad | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
UiTM FC | 3 | – | 2 | Kelantan |
Stadium Majlis Perbandaran Manjung | ||||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
13′, 66′ Arif Anwar 15′ Rafie | Ashraf ’62,’61 |
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Selangor | 2 | – | 1 | Melaka United |
Stadium Hang Jebat, Melaka | ||||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
21′ Ifedayo 53′ Sandro | Uche Agba 57′ |