Siaran langsung keputusan JDT vs FC Zenit St. Petersburg 6.2.2023

Siaran langsung keputusan JDT vs FC Zenit St. Petersburg 6 Februari 2023. Info live streaming jdt vs zenit st. petersburg pramusim di dubai.

Live Streaming JDT Vs FC Zenit St. Petersburg 2023 Perlawanan Persahabatan Pra Musim Keputusan Semasa, Terkini Dan Penuh

[S]kuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakhiri aksi persahabatan pra-musim 2023 (friendly match) mereka di Dubai dengan menentang kelab bola sepak dari negara Russia [Russian Premier League] iaitu pasukan FC Zenit St. Petersburg bagi perlawanan persahabatan kelima yang telah dijadual berlangsung pada hari Isnin, 6 Februari 2023.

Fokus Persiapan Memantapkan Lagi Pasukan Johor Darul Ta’zim

Dalam usaha memantapkan kualiti pasukan bagi menghadapi cabaran musim baharu Liga Malaysia (Liga M) dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, pengurusan JDT masih memilih Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) buat kali ke-3 berturut-turut sebagai destinasi gelanggang latihan dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan pra musim 2023 dengan kelab bola sepak dari UAE (Fursan Hispania FC), Russia (FC Rostov, Lokomotiv Moscow & Zenit St. Petersburg) dan Bulgaria (Levski Sofia).

Dubai Sebagai Destinasi Gelanggang Latihan JDT

Pemilihan Dubai sebagai destinasi gelanggang latihan merupakan satu perancangan dan pendedahan yang terbaik buat barisan pemain JDT malah terdapat juga kelab-kelab dari Eropah yang memilih Dubai sebagai aksi pra musim mereka kerana terdapat kemudahan-kemudahan sofistikated dan spektakular yang bertaraf dunia.

Harapan Peminat Dan Penyokong Setia JDT Bagi Cabaran Musim 2023

Peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan pada musim 2023 pasti mengharapkan JDT dapat mempertahankan kejuaraan yang dimiliki dalam saingan Liga Malaysia selain mengharapkan JDT beraksi cemerlang pada saingan Liga Juara-Juara Asia.

Siaran Langsung Atau Live Streaming JDT Vs FC Zenit St. Petersburg 2023 Persahabatan Pra Musim

Perlawanan persahabatan terakhir di Dubai membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim menentang FC Zenit St. Petersburg telah dijadual berlangsung pada hari Isnin, 6 Februari 2023 bermula jam 9:00 malam waktu Malaysia bertempat di The Sevens Stadium.

Sekiranya aksi perlawanan JDT vs FC Zenit St. Petersburg disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di internet, editor akan sertakan pautan (link) atau video dalam ruangan di bawah.

Keputusan Terkini JDT Vs FC Zenit St. Petersburg Persahabatan Pra Musim 2023

Dalam pada itu, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan JDT vs FC Zenit St. Petersburg bagi perlawanan persahabatan terakhir pra musim JDT di Dubai secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung JDT Vs FC Zenit St. Petersburg Friendly Match 2023
The Sevens Stadium
PasukanFTPasukan
JDT 03 Zenit
Penjaring GolPenjaring Gol
Pautan Tontonan Online
Live Streaming JDT Vs FC Zenit St. Petersburg Friendly Match 2023