Persaingan merebut kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada 16 November 2019 bakal menjadi salah satu tanda aras baharu bagi melihat populariti Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menerajui pentadbiran negara.

Keputusan pada PRK Tanjung Pial juga boleh dijadikan indikator kecil bagi mengetahui sama ada rakyat masih lagi yakin terhadap tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Seperti yang diketahui, beberapa siri Pilihan Raya Kecil yang diadakan sebelum ini telah menyaksikan kekalahan wakil pilihan kerajaan Pakatan Harapan.

PRK Tanjung Piai merupakan pilihan raya kecil yang kesembilan diadakan sejak PH memenangi PRU-14, Mei tahun lalu.

Kesan daripada kekalahan tersebut, desas-desus yang mendakwa rakyat sudah tidak begitu yakin terhadap tampuk pemerintahan Kerajaan Pakatan tersebar dengan meluas terutamanya di laman sosial media.

Berbalik pada Pilihan Raya Kecil PRK Tanjung Pial, PRK ini diadakan selepas penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik yang berusia 42 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Bagi memenuhi kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi PRK Tanjung Piai adalah pada 2 November 2019, seterusnya pengundian awal diadakan pada 12 November 2019 manakala tarikh umum mengundi pada 16 November 2019.

Yang pasti Pilihan Raya Kecil (PRK) Palimen Tanjung Piai, Johor adalah mencabar buat kerajaan Pakatan Harapan. Menyedari perkara ini kerajaan Pakatan Harapan pasti tidak akan memandang mudah terhadap persaingan pihak pembangkang.

Keputusan Terkini Dan Rasmi PRK Tanjung Piai 16 November 2019

PRK Tanjung Piai adalah penting buat Kerajaan Pakatan Harapan dan keputusan pada PRK Tanjung Piai boleh menjadi isyarat kepada kehendak dan penerimaan pengundi. Keputusan rasmi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai 2019 pasti amat dinanti-nanti oleh pengundi PRK tersebut selain seluruh rakyat Malaysia.

Berikut Infosentral sertakan keputusan terkini, penuh dan rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, Johor membabitkan persaingan enam penjuru yang dikemaskini secara langsung sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memuktamadkan keputusan PRK Parlimen Tanjung Piai dengan keputusan rasmi.

TARIKH-TARIKH PENTING PRK PARLIMEN TANJUNG PIAI (P165)
PerkaraTarikh
Penamaan Calon2 November 2019
Mengundi Awal12 November 2019
Hari Pengundian umum PRK Tanjung Piai16 November 2019
KEPUTUSAN TERKINI DAN RASMI PRK PARLIMEN TANJUNG PIAI (P165)
Calon Parti Jumlah Undi
Wee Jeck Seng BN25,466
Karmaine Bin Sardini PH10,380
Wendy Subramaniam GERAKAN1,707
Badrulhisham Abdul Aziz BERJASA850
Ang Chuan Lok BEBAS380
Faridah Aryani Abdul Ghafar BEBAS32
Pengundi BerdaftarJumlah UndiPeratus Keluar Mengundi
52,98638,81574.43%
Undi Rosak
595
KEPUTUSAN RASMI PEMENANG PRK PARLIMEN TANJUNG PIAI 2019 (P.165)
PemenangPartiMajoriti
Wee Jeck Seng BN15,086
RINGKASAN LAPORAN
Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng telah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan kemenangan majoriti 15,086 undi.
Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, memperoleh 25,466 undi daripada 128 saluran undi sehingga penjumlahan tamat.
Dengan keputusan rasmi ini, menunjukkan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menewaskan pencabarnya iaitu calon PH, Karmaine Saidini yang memperoleh 10,380 undi. Kemenangan ini menyaksikan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng kini Ahli Parlimen Tanjung Piai sekali gus merampas kembali jawatan pernah disandang bagi dua penggal sebelum ini.