Infosentral.my

Tarikh rasmi keputusan PT3 2020 diumumkan bulan Disember

Tarikh rasmi keputusan PT3 2020 diumumkan bulan Disember

PT3 merupakan Pentaksiran Pusat (PP) dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Sebagai info, PT3 ditakbir oleh sekolah berdasarkan instrumen dan panduan penskoran yang setara (Standardised) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

PT3 merupakan komponen akademik dalam PBS pada peringkat Menengah Rendah yang dilaksanakan secara pengkongsian akauntabiliti antara Lembaga Peperiksaan (LP) dan pihak Sekolah yang melibatkan empat jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik.

PT3 dilaksanakan berdasarkan Peraturan Pentadbiran PT3, Jadual Waktu PT3, Jadual Kerja PT3, Panduan Penjaminan Kualiti, Panduan Penyemakan Semula Keputusan PT3 dan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan.

Sebagai makluman, keputusan PT3 tidak boleh dibandingkan dengan keputusan PMR kerana format dan instrumen yang digunakan adalah berbeza. PT3 diperkenalkan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilaksanakan sejak 1993.

Tarikh Keputusan PT3 2020 Diumumkan Dan Semakan Guna Online Atau SMS

Bagi semua pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2020 boleh mendapatkan keputusan pernyataan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Disember 2020 ini.

Berikut Infosentral sediakan ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan keputusan PT3 2020 yang merangkumi bila tarikh keputusan diumumkan serta kaedah untuk membuat semakan dan mendapatkan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2020.

BILA KEPUTUSAN PT3 2020 AKAN DIUMUMKAN

TarikhJam
Disember 202010:00 Pagi
Tarikh rasmi keputusan PT3 2020 diumumkan bulan Disember Tarikh yang tepat (rasmi) akan dinyatakan.

TIADA PERKHIDMATAN SEMAKAN KEPUTUSAN PT3 2020 SECARA ONLINE ATAU SMS

Pengumuman keputusan PT3 tidak dibuat secara berpusat selepas pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). 
Disebabkan hal tersebut, tarikh pengumuman keputusan PT3 adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak pengurusan sekolah masing-masing dimana pihak sekolah akan memaklumkannya tarikh majlis penyerahan keputusan pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) kepada pelajar-pelajar yang terbabit.
CARA MENDAPATKAN PERNYATAAN PELAPORAN PT3 2020
Calon SekolahCalon Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.Calon persendirian, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar PT3.
© Infosentral.my - All Rights Reserved.