Tarikh Rasmi Pengumuman Dan Semakan Keputusan STAM 2022 / 2023 Dikeluarkan Secara Online Atau SMS

Calon-calon Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM] yang telah menduduki peperiksaan STAM 2022 sudah tentu tidak sabar bagi mendapatkan keputusan STAM masing-masing setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan tersebut.

Kini masing-masing mahu mengetahui hasil usaha belajar selama ini adakah akan memperoleh sijil pangkat Mumtaz Sofi [amat cemerlang] dalam peperiksaan STAM 2022.

Secara Ringkas Mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM]

Bagi mereka yang bukan dari pelajar-pelajar sekolah agama mungkin tidak tahu tentang Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM].

Sebagai info, Sijil Tinggi Agama Malaysia merupakan peperiksaan yang telah diperkenalkan pada tahun 2000 dengan kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif.

STAM Mempunyai Kelebihan Tersendiri

Sijil STAM mempunyai kelebihannya yang tersendiri dimana pelajar Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang berpeluang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir serta di universiti-universiti yang setaraf dengannya di dalam mahupun luar negara.

Pengoperasian STAM Dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia

STAM merupakan sebuah peperiksaan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia dimana ia setaraf dengan peperiksaan STPM di sekolah-sekolah menengah biasa.

Bagi calon-calon lepasan STAM juga mempunyai kelayakan untuk lantikan ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk berdasarkan tahap kelulusan sepertimana ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam [SPA].

Tarikh Keputusan STAM 2022 Dikeluarkan Dan Semakan Secara Online Atau SMS

Semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia [STAM] pada tahun 2022 boleh mendapatkan keputusan STAM masing-masing pada tarikh yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM].

Ringkasan Info Semakan Keputusan STAM 2022

Berikut merupakan ringkasan kemaskini maklumat berhubung dengan Keputusan STAM 2022 yang merangkumi tarikh rasmi keputusan diumumkan dan cara semakan serta mendapatkan penyataan penuh [slip] keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia.

[Rasmi] Keputusan STAM 2022 Diumumkan Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
?️ TarikhDiumumkan
18 April 2023
HariSelasa
Masa10:00AM
? Tarikh rasmi semakan keputusan STAM 2022 yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM].
Panduan Semakan Keputusan STAM 2022 Secara Online Atau SMS
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM] menyediakan dua mekanisme atau kaedah kepada calon-calon bagi tujuan mengetahui keputusan STAM masing-masing dengan pantas iaitu dengan semakan secara dalam talian [online] dan perkhidmatan SMS.
Bagi calon-calon yang mahu mengetahui keputusan STAM 2022 masing-masing dengan menggunakan cara semakan secara dalam talian [online], sila klik pada pautan [link] dibawah.
Pautan [Link] Semakan Keputusan STAM 2022 Secara Online
? https://myresultstam.moe.gov.my
Semakan Keputusan STAM 2022 Secara SMS
Selain semakan online, calon-calon juga boleh mengetahui ringkasan keputusan STAM 2022 masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas Mysms 15888 dan sila rujuk kepada format seperti yang disertakan dibawah untuk tujuan penghantaran mesej.
✏️Taip: STAM [jarak] NoKP [jarak] ANGKA GILIRAN seterusnya hantar SMS ke 15888
?Contoh: STAM 990788035321 HJ098A040 hantar SMS ke 15888
Cara Mendapatkan Slip Keputusan STAM 2022
Calon SekolahCalon Persendirian
Calon-calon yang berkenaan boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2022 melalui sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi pada tarikh rasmi pengumuman keputusan.Calon-calon persendirian yang berkenaan akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat mendaftar peperiksaan STAM 2022 sebelum ini bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut.