Tarikh rasmi keputusan UPKK KAFA 2020 diumumkan bulan Disember
UPKK adalah ringkasan dari Ujian Penilaian Kelas KAFA. Objektif utama UPKK diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah bertujuan bagi mengukur dan menilai tahap penguasaan murid-murid tahun 5 dalam menghayati Al-Quran dan Fardu Ain.
UPKK mempunyai beberapa bahagian yang telah ditetapkan iaitu bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Peperiksaan UPKK ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri malah diperakui di sekolah-sekolah seluruh Malaysia sebagai salah satu bentuk dokumen sokongan bagi tujuan permohonan kemasukan murid-murid ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia terutamanya sekolah-sekolah dibawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Senarai sub-tajuk Artikel
Tarikh Keputusan UPKK KAFA 2020 Diumumkan Cara Semakan Secara Online Dan Sms
Bagi murid-murid tahun 5 yang telah menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada tahun ini (2020) boleh mendapatkan pernyataan keputusan UPKK masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Disember ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan dua kaedah bagi memudahkan murid-murid mengetahui keputusan UPKK masing-masing iaitu dengan membuat semakan secara dalam talian (online) atau menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).
Berikut Infosentral sediakan ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan keputusan UPKK 2020 yang merangkumi bila tarikh keputusan diumumkan serta kaedah untuk membuat semakan dan mendapatkan penyata keputusan UPKK 2020.
BILA KEPUTUSAN UPKK 2019 AKAN DIUMUMKAN | |
Tarikh | Jam |
Disember 2020 | 11:00 Pagi |
![]() |
SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2020 SECARA ONLINE |
Semakan keputusan UPKK 2020 secara dalam talian (online) adalah dengan melayari laman sesawang aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Untuk membuat semakan sila klik pada judul pautan di bawah. |
![]() |
SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2020 SECARA SMS |
Semakan keputusan UPKK 2019 melalui sistem pesanan ringkas (mySMS 15888) adalah dengan menaip salah satu teks penghantaran mesej seperti berikut. |
1. Taip: UPKK (jarak) No MYKID dan hantar SMS ke 15888 |
2. Taip: UPKK (jarak) No PengenalanKhas dan hantar SMS ke 15888 |
![]() |
Sistem semakan keputusan UPKK 2019 secara online dan SMS hanya akan diaktifkan bermula tarikh yang diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). |
Semakan keputusan UPKK 2019 dengan menggunakan kaedah semakan online dan SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan. Penyata keputusan penuh boleh diperolehi di sekolah. |
INFO MENDAPATKAN PENYATA KEPUTUSAN UPKK 2020 |
Calon-calon boleh mendapatkan penyata keputusan peperiksaan UPKK 2019 mulai jam 3 petang pada hari keputusan diumumkan menerusi sekolah masing-masing. |