Infosentral.my

Tarikh rasmi keputusan UPSR 2020 PASR diumumkan bulan November

Tarikh rasmi keputusan UPSR 2020 PASR diumumkan bulan November

Selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan sebuah aplikasi laman sesawang yang membolehkan semua calon-calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah (UPSR) tahun semasa (2020) membuat semakan keputusan peperiksaan masing-masing secara dalam talian (online).

Dengan aplikasi semakan keputusan UPSR ini, calon-calon atau ibubapa mahupun penjaga boleh mengetahui keputusan dengan lebih awal, sebelum mendapatkan keputusan UPSR 2020 dan dokumen Pelaporan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) melalui sekolah masing-masing.

Selain semakan secara online, calon-calon atau ibubapa mahupun penjaga boleh juga mengetahui keputusan UPSR 2020 dengan menggunakan sistem pesanan ringkas mySMS 15888.

Ternyata dengan kemudahan yang disediakan ini sekaligus membantu calon-calon atau ibubapa mahupun penjaga mengetahui keputusan UPSR 2020 dengan lebih pantas.

Terdahulu peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2020 telah berlangsung pada 4 dan 5 September serta 10, 11 dan 12 September 2020 dengan membabitkan seramai 445,641 orang calon berdaftar di pusat peperiksaan seluruh negeri.

Dari jumlah tersebut ianya membabitkan 434,177 orang calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala selebihnya iaitu 11,464 terdiri dari calon sekolah swasta.

Tarikh Keputusan UPSR Dan PASR 2020 Diumumkan Cara Semakan Secara Online Dan Sms

Seperti yang dimaklum menerusi maklumat diatas keputusan UPSR 2020 boleh disemak bermula pada masa dan tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh rasmi keputusan UPSR 2020 diumum keluar dijangka pada bulan November ini bermula jam 10 pagi. Pada tarikh dan masa tersebut diumumkan semua calon yang berkenaan boleh mula membuat semakan selain mendapatkan keputusan UPSR dan dokumen Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) melalui sekolah masing-masing juga bermula jam 10 pagi.

Berikut adalah maklumat tarikh rasmi serta cara membuat semakan keputusan UPSR 2020 secara online dan sms serta medapatkan dokumen Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR).

BILA KEPUTUSAN UPSR 2020 DIUMUMKAN

TarikhJam
November 202010:00 Pagi
Tarikh rasmi keputusan UPSR 2020 PASR diumumkan bulan November Tarikh yang tepat akan dinyatakan selepas perkara in diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2020 SECARA ONLINE

Semakan keputusan UPSR 2020 secara dalam talian (online) adalah dengan melayari laman sesawang aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk membuat semakan sila klik pada judul pautan di bawah.
Tarikh rasmi keputusan UPSR 2020 PASR diumumkan bulan November Semakan Keputusan UPSR 2020 – Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR DAN PASR 2020 SECARA SMS

Semakan keputusan UPSR dan PASR 2020 melalui sistem pesanan ringkas (mySMS 15888) adalah dengan menaip teks penghantaran mesej seperti berikut.
Taip: UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
Contoh: UPSR KC051A581 sms ke 15888
Taip: PASR (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
Contoh: PASR KC051A581 sms ke 15888

CARA MENDAPATKAN PENYATA PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR)

Semua murid tahun 6 boleh mengambil penyata Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah serta slip keputusan UPSR 2020 di sekolah masing pada masa dan tarikh rasmi seperti yang telah dinyatakan seperti diatas.
© Infosentral.my - All Rights Reserved.