Siaran langsung Gegar Vaganza 2020 konsert GV7
Live streaming Gegar Vaganza 2020 GV7 Konsert Final. Gegar Vaganza, program realiti rancangan pertandingan nyanyian popular di Malaysia kini kembali menemui peminat bagi musim ketujuh pada tahun ini (2020).
Konsert Mingguan Gegar Vaganza 2020 Bermula 11 Oktober 2020
Penonton dan peminat pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton bermula di konsert mingguan pertama (Grand Konsert) pada 11 Oktober 2020.
Pengumuman Barisan Peserta Gegar Vaganza 2020
Pihak Astro telah membuat pengumuman rasmi berhubung dengan penyanyi dan kumpulan yang terlibat dengan penyertaan Gegar Vaganza (GV) sekaligus memberi jawapan kepada teka-teki yang bermain di fikiran peminat Gegar Vaganza.
Senarai barisan penyanyi yang terlibat terdiri daripada nama-nama besar yang pernah mencapai zaman kegemilangan mereka antaranya Yantzen, Mus (May), Aju (success), Oja, Nomad, Indigo, Cliff Umar (Projek Pistol), Noraniza Idris, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Rozita Izlyn, Haslinda dan Ashira antara bintang yang akan berentap dalam Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) kali ini selain disertai dua kumpulan iaitu Indigo dan Eva.
Pengacara Dan Juri Tetap Gegar Vaganza 2020
Gegar Vaganza 2020 turut mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos manakala Datuk Khatijah Ibrahim menjadi juri tetap dengan Ramli MS.
Format Pemarkahan Gegar Vaganza 2020
Gegar Vaganza musim ke-7 masih mengekalkan format pemarkahan yang sama seperti tahun lalu iaitu diadili oleh juri sepenuhnya.
Hadiah Gegar Vaganza 2020
Juara Gegar Vaganza musim ketujuh bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.
Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.
Senarai sub-tajuk Artikel
Siaran Langsung Atau Live Streaming Konsert Gegar Vaganza 2020 GV7
Gegar Vaganza 2020 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 11 Oktober 2020 secara langsung atau live streaming dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya yang turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO setiap Ahad pukul 9 malam.
Video Live Streaming Gegar Vaganza 2020 GV7 Konsert Minggu 10 Akhir |
Senarai Lengkap Peserta Gegar Vaganza 2020 Dan Peserta Tersingkir
Berikut adalah carta senarai penuh kesemua peserta yang bertanding dalam Gegar Vaganza 2020 sebagai info buat peminat manakala nama peserta dalam ruangan berwarna merah adalah peserta yang tersingkir.
Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 2020 GV7 Dan Peserta Tersingkir | |
Yantzen | Noraniza Idris |
Mus (May) | Ayu Damit |
Aju (success) | Linda Nanuwil |
Oja | Rozita Izlyn |
Nomad | Haslinda |
Indigo | Eva |
Cliff Umar (Projek Pistol) | Ashira |