Permohonan Pengeluaran Khas Duit KWSP / EPF RM10K Dan Semakan Status Keputusan Serta Tarikh Pembayaran

Kerajaan menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa pengeluaran duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan dengan had pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000.

Keputusan Kerajaan Membenarkan Pengeluaran KWSP RM10,000

Kerajaan membenarkan ahli KWSP mengeluarkan duit simpanan mereka setelah membuat penelitian secara menyeluruh dari pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat terutamanya ahli-ahli KWSP dalam usaha membina semula kehidupan.

Ahli-Ahli KWSP Perlu Memanfaatkan Sebaik Mungkin Pengeluaran KWSP RM10,000

Pengeluaran duit KWSP dengan had maksimum RM10,000 ini mungkin akan menjejaskan kecukupan simpanan dan pendapatan hari tua ahli-ahli KWSP.

Sehubungan itu, kerajaan menasihatkan ahli-ahli KWSP membuat pengeluaran ini sekiranya keadaan betul-betul terdesak dan amat-amat memerlukan.

Info Dan Panduan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Permohonan Pengeluaran Khas Duit KWSP dengan had maksimum sebanyak RM10,000 boleh dibuat secara dalam talian (online) sama seperti i Lestari, i Sinar dan i Citra sebelum ini.

Tarikh Dan Permohonan Pengeluaran Khas Duit KWSP / EPF RM10,000 Terkini

Berikut editor sertakan maklumat perincian berhubung dengan Pengeluaran Khas Duit KWSP had maksimum sebanyak RM10,000.

Info Tarikh Permohonan Pengeluaran Khas Duit KWSP RM10,000

Tarikh Permohonan Pengeluaran Duit KWSP Had Maksimum RM10K
DibukaDitutup
1 April 202230 April 2022

Butiran Maklumat Permohonan Pengeluaran Khas Duit KWSP RM10K

  1. Terbuka kepada ahli-ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun.
  2. Had Pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000, minimum pengeluaran RM50.
  3. Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 dan simpanan Akaun 1 akan digunakan sekiranya baki simpanan duit Akaun 2 tidak mencukupi untuk menampung jumlah keseluruhan pengeluaran yang dimohon.
  4. Pembayaran akan dibuat sekali gus berdasarkan jumlah amaun pengeluaran yang dimohon mulai 20 April 2022.
  5. Pindaan amaun pengeluaran dan pembatalan permohonan tidak dibenarkan.
Portal Rasmi Pengeluaran Khas KWSP
Permohonan Pengeluaran Khas Duit KWSP dengan had maksimum sebanyak RM10,000 boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi Portal Rasmi Pengeluaran Khas KWSP bermula pada tarikh permohonan dibuka.
Pautan (Link)
Klik Pautan (Link) : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP Terkini

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP
Bermula 20 April 2022