Liga Super 2025-26 Keputusan, Kedudukan Carta & Jadual Terkini

Penerangan Artikel: Liga Super 2025-26 Keputusan, Kedudukan Carta & Tarikh Jadual Terkini. Senarai pasukan bertanding serta keputusan akhir saingan. JDT juara Liga Super 2025-2026.

Liga Super Malaysia (MSL) merupakan kejohanan liga bola sepak yang paling berprestij di negara ini menyaksikan pasukan-pasukan terhebat berentap bagi merebut gelaran juara setiap musim. Musim 2025/26 menjanjikan saingan yang lebih mencabar dengan penyertaan 13 pasukan yang bersedia untuk memberikan yang terbaik di atas padang. Bagi musim ini, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menjadi tumpuan utama setelah mendominasi liga selama sedekad lamanya dengan memegang kejuaraan tanpa henti sejak 2014.

Senarai 13 Pasukan Liga Super 2025/26

Musim ini menyaksikan 13 pasukan bersaing bagi merebut kejuaraan Liga Super termasuk kelab-kelab sedia ada dan yang sedang meningkat naik. Kehadiran pasukan baharu iaitu DPMM FC sebagai wakil dari Negara Brunei Darussalam dan Melaka FC dan Imigresen FC dari AFL A1 pasti akan mencipta suasana saingan yang lebih sengit dan kompetitif. Setiap pasukan pastinya akan berusaha keras untuk mencapai kejuaraan dan mengharumkan nama kelab bola sepak masing-masing sambil berjuang memburu kedudukan takhta liga.

Antara pasukan yang dinanti-nantikan aksi mereka adalah juara bertahan dan juga kelab-kelab yang sedang memburu kejuaraan buat kali pertama. Aspek taktikal, keberanian pemain dan kekuatan mental akan memainkan peranan utama dalam menentukan siapa yang akan mencatat kejayaan tahun ini.

Berikut adalah senarai penuh 13 pasukan yang telah mengesahkan dan layak beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia musim 2025/2026.

  1. Johor Darul Ta’zim FC (JDT)
  2. Selangor FC
  3. Penang FC
  4. Kuching City FC
  5. Sabah FC
  6. Terengganu FC
  7. Negeri Sembilan FC
  8. Kelantan Darul Naim FC
  9. Kuala Lumpur City FC
  10. PDRM FC
  11. DPMM FC
  12. Melaka FC
  13. Imigresen FC

pasukan liga super 2025 2026

Cabaran Dan Strategi Baharu Liga Super 2025-2026

Musim ini tidak hanya menampilkan tiga pasukan baharu. Ia juga membawa cabaran baharu dari segi taktikal dan pengurusan pasukan. Setiap jurulatih dan pengurus pastinya akan menampilkan strategi terkini dengan menumpukan kepada aspek kecergasan, disiplin dan psikologi permainan. Persaingan yang semakin sengit menjadikan setiap perlawanan lebih dramatik dan penuh dengan aksi menarik.

Selain itu, perkembangan teknologi dan analisis statistik turut memainkan peranan penting dalam membentuk strategi pasukan. Penggunaan data dan analisis video untuk mengenal pasti kelemahan lawan menjadi satu keperluan bagi memastikan pasukan dapat bersaing di tahap tertinggi.

Dominasi JDT Setiap Musim: Satu Era Kejayaan

Sejak kemunculan JDT sebagai gergasi bola sepak tempatan trofi Liga Super seakan menjadi milik mereka. Dengan kejayaan mengekalkan kejuaraan selama sepuluh musim berturut-turut, dari 2014 hingga 2024, JDT telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pasukan yang sukar ditandingi. Dominasi ini bukan sahaja mencipta sejarah tetapi juga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong pasukan lain yang bercita-cita untuk menandingi JDT.

Walaupun kejayaan JDT sering kali dicemburui, ia sebenarnya memberi impak positif kepada perkembangan bola sepak Malaysia. Persaingan yang sengit ini memaksa pasukan lain seperti Selangor FC, Sabah FC dan Terengganu FC untuk mempertingkatkan kualiti dan prestasi mereka. Setiap pasukan kini berusaha keras untuk membina skuad yang kompetitif demi merebut kejuaraan yang menjadi idaman sekian lama.

Persiapan Pasukan Musim Baru Liga Super

Pasukan-pasukan yang bertanding telah mengambil langkah proaktif dalam persediaan mereka. Latihan intensif dan perlawanan persahabatan menjadi fokus utama. Ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran dan keserasian pemain sebelum berdepan dengan cabaran sebenar dalam liga. Dengan persiapan yang rapi, pasukan-pasukan ini bertekad untuk memberikan saingan sengit kepada JDT dan merampas kejuaraan yang selama ini menjadi milik mereka.

Penyokong bola sepak di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka. Harapan untuk melihat pasukan lain mencabar dominasi JDT menjadi pendorong kepada semangat juang para pemain. Setiap perlawanan yang berlangsung pasti dihadiri ribuan penyokong yang memberikan sokongan moral serta mendorong pemain untuk beraksi dengan lebih baik.

Tarikh Saingan Liga Super 2025/26 Bermula

Perlawanan pembuka tirai musim baharu Liga Malaysia akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menampilkan pertembungan epik antara juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan naib juara, Selangor FC dalam perlawanan Sumbangsih pada 8 Ogos 2025.  Aksi ini tidak hanya menandakan permulaan rasmi musim baharu Liga Malaysia tetapi juga berfungsi sebagai medan awal untuk menilai kekuatan dan keupayaan pasukan serta membangkitkan semangat sokongan daripada penyokong setia kedua-dua pasukan.

Dengan sejarah persaingan yang sengit dan rekod kejayaan kedua-dua kelab, perlawanan ini dijangka menyajikan aksi menarik dan penuh semangat juang sekali gus menjadi pemangkin kepada semangat kompetitif yang tinggi dalam kalendar Liga Malaysia musim ini.

JDT Juara Liga Super 2025/26?

Dengan musim 2025/26, peminat bola sepak tanah air pasti tidak sabar menantikan detik-detik mendebarkan di atas padang. Persaingan dalam peringkat atas carta Liga Super dijangka akan lebih sengit berbanding musim lepas. Mampukah Selangor FC, Sabah FC dan Terengganu FC menjadi pencabar utama untuk menghalang JDT daripada meraih kejuaraan pada musim ini? Sama-sama kita nantikan.

Keputusan Dan Kedudukan Carta Liga Super 2025/26

Peminat bola sepak tanah air boleh mengikuti perkembangan terkini mengenai keputusan rasmi perlawanan, kedudukan carta dan jadual siaran langsung setiap perlawanan. Maklumat ini akan dikemaskini secara berkala memastikan semua penyokong dapat menyaksikan aksi terbaik pasukan pilihan masing-masing.

Peminat bola sepak tanahair boleh mendapatkan semua maklumat mengikut keputusan rasmi perlawanan serta kedudukan carta dan jadual terkini Liga Super Malaysia musim 2024/26 yang akan dikemaskini pada tarikh hari perlawanan yang telah dijadual berlangsung dan lihat juga jadual siaran langsung bagi semua pasukan.

Jadual, Keputusan Perlawanan

  • Keputusan Liga Super 2025/26 bagi setiap pasukan yang bertanding akan dikemaskini pada setiap hari perlawanan berlangsung berdasarkan keputusan rasmi Malaysian Football League (MFL).
LS1 – Hari Perlawanan Terkini
Tarikh MasaTuan RumahKeputusanPelawat
8 Ogos: Jumaat
9:00PMJDTSelangor FC

Kedudukan Carta

  • Kedudukan carta Liga Super 2025/26 bagi setiap pasukan yang bertanding akan dikemaskini pada setiap hari perlawanan berlangsung berdasarkan keputusan rasmi Malaysian Football League.
NoPasukanBPMSKJGGBPGMT
1JDT FC000000+00
2Selangor FC000000+00
3Penang FC000000+00
4Kuching FC000000+00
5Sabah FC000000+00
6Terengganu000000+00
7N. Sembilan000000+00
8Kelantan D.N000000+00
9KL City FC000000+00
10PDRM FC000000+00
11DPMM FC000000+00
12Melaka FC000000+00
13Imigresen FC000000+00
Petunjuk
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan
Perlawanan
MenangSeriKalahJaringan
Gol
Gol
Bolos
Perbezaan
Gol
Mata

Kongsi Artikel Di: