Gambar rasmi logo merdeka 2020 dan tema hari kebangsaan Malaysia
Gambar Rasmi Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan Atau Kebangsaan Malaysia. Menjelang sambutan hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia, perkara utama yang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga tema hari Kebangsaan Malaysia.
Bagi sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2020, logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang diperkenalkan bersama tema yang dipilih iaitu Malaysia Prihatin.
Pemilihan reka bentuk Logo serta Tema Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63 bagi tahun 2020 telah mendapat respon yang positif dari warganet dimana rata-ratanya memberi komen dan pendapat yang baik terhadap Logo dan Tema berkenaan.
Logo dan Tema Hari Kemerdekaan yang ke-63 pada tahun 2020 berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia walaupun ianya akan menjadi suatu isu yang akan dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
Tema Malaysia Prihatin menepati dengan situasi semasa Malaysia yang menunjukkan keperihatinan kerajaan sedia ada terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Senarai sub-tajuk Artikel
Tema Dan Logo Rasmi Hari Kebangsaan Kemerdekaan Malaysia 2020
Berikut adalah Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63 yang akan disambut pada 31 Ogos 2020 sepertimana yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Tema: Malaysia Prihatin
Malaysia Prihatin membawa pengertian kesepaduan seluruh rakyat Malaysia memerangi COVID-19 tanpa mengira peringkat masyarakat serta kepedulian kerajaan melalui inisiatif PRIHATIN yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Logo
Rasional Logo Hari Kebangsaan 2020
Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni
Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan
7 Jalur Merah Putih Berbentuk Hati: Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan
Logo Berbentuk Hati: Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum
Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke mercu kejayaan
5 Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa
Lagu Tema Hari Kebangsaan 2020
Rekod Senarai Tema Hari Kemerdekaan (Kebangsaan) Malaysia | |
Tahun | Tema |
2019 | Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih |
2018 | Sayangi Malaysiaku |
2017 | Negaraku Sehati Sejiwa |
2016-2015 | Sehati Sejiwa |
2014 | Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta |
2013 | Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku |
2012 | 1Malaysia. Janji Ditepat |
2011 | 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera |
2010 | 1Malaysia Menjana Transformasi |
2009 | 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan |
2008 | Perpaduan Teras Kejayaan |
2007 | Malaysiaku Gemilang |
2006-2000 | Keranamu Malaysia |
1999 | Bersatu Ke Alaf Baru |
1998 | Negara Kita Tanggungjawab Kita |
1997 | Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya |
1996 | Budaya Penentu Kecapaian |
1995 | Jatidiri Penggerak Wawasan |
1994 | Nilai Murni Jayakan Wawasan |
1993 | Bersatu Menuju Wawasan |
1992 | Wawasan Asas Kejayaan |
1991 | Wawasan 2020 |
1990 | Berjaya |
1989-1988 | Bersatu |
1987 | Setia Bersatu Berusaha Maju |
1986 | Bangsa Tegas Negara Teguh |
1985 | Nasionalisme Teras Perpaduan |
1984 | Amanah Asas Kejayaan |
1983 | Bersama ke Arah Kemajuan |
1982 | Berdisiplin Giat Maju |
1981 | Berdisiplin Berharmoni |
1980 | Berdisiplin Berbakti |
1979 | Bersatu Berdisiplin |
1978 | Kebudayaan Seni Perpaduan |
1977 | 20 Tahun Bersatu Maju |
1976 | Ketahanan Rakyat |
1975 | Masyarakat Berdikari |
1974 | Sains dan Teknologi Alat Perpaduan |
1973 | Masyarakat Kebudayaan Malaysia |
1972 | Masyarakat Adil |
1971 | Masyarakat Progresif |
1970 | Muhibah dan Perpaduan |