Malam Lailatul Qadar 2024 Malaysia : Tanda Dan Tarikh Bila

Bulan Ramadhan mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan berbanding bulan Islam yang lain, antara kelebihannya yang pasti dinanti-nantikan oleh umat Islam di Malaysia mahupun di seluruh dunia adalah satu malam penuh keberkatan yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam lailatulqadar.

Tiada hari atau tarikh yang spesifik (khusus) berhubung dengan kedatangan Lailatul Qadar. Dalam erti kata lain, tidak ada sesiapa yang mengetahui Lailatul Qadar secara tepat.

Sungguhpun begitu, ada saranan daripada Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya: “Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.” (Riwayat Bukhari).

Bagi mengetahui serta mendapatkan Malam Lailatul Qadar, caranya adalah mudah iaitu umat Islam disarankan beribadat dengan bersungguh-sungguh pada setiap malam bulan Ramadan dari awal hingga malam terakhir Ramadhan.

Sekiranya kita beristiqamah, insya-Allah, yakinlah akan ada suatu malam yang bernama Lailatul Qadar.

Menjadi Persoalan mengenai malam Lailatulqadar akan muncul serta tanda-tandanya.

Berdasarkan rujukan editor, terdapat banyak riwayat dan pandangan ulama mengenai tanda-tanda malam lailatulqadar. Tanda-tanda kedatangan Lailatulqadar juga ada disebut dalam hadis yang sahih.

Antaranya, apabila datangnya malam lailatul qadar bulan terbit seperti potongan bekas simpanan air, suasana sangat tenang, nyaman dan tenteram, tidak panas dan tidak sejuk.

Pendapat jumhur ulama (majoriti ulama) menyatakan bahawa malam Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir Ramadan daripada malam-malam yang ganjil. Yakinlah bahawa hanya ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui bilakah tarikh dan waktunya yang sebenar.

  • Solat Fardu Secara Berjemaah
    Solat berjemaaah pahalanya lebih besar iaitu 27 darjat dibandingkan solat sendirian.
  • Mendirikan Solat Malam (Qiamulai)
    Termasuk solat tarawih, solat tahajud mahupun solat witir.
  • Membaca Al-Quran
    Sangat dianjurkan pada bulan Ramadhan untuk sebanyak-banyaknya khatam atau tartil.
  • Memperbanyakan Berzikir Dan Istighfar
    Berzikir bermaksud kita mengingati Allah SWT, baik dalam bentuk lisan mahupun perbuatan.
  • Memperbanyakan Doa
    Kerana doa-doa yang dipanjatkan pada bulan Ramadan akan diijabah atau dikabulkan oleh Allah SWT.

Sepertimana yang dinyatakan berdasarkan pendapat jumhur ulama (majoriti ulama), malam Lailatulqadar berlaku pada 10 akhir Ramadan daripada malam-malam yang ganjil.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam tetaplah bersedia setiap malam Ramadhan dengan beribadat bersungguh-sungguh, menurut ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar.

10 malam terakhir ramadhan 2024