Malam Nisfu Syaaban 2024 : Tarikh Bila Dan Kelebihan Doa Amalan

doa malam nisfu syaaban
Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2024 Bila? Dan Kelebihan Amalan Serta Doa Malam Nisfu Syaban Yang Sahih.

Pertanyaan mengenai bila dan masa malam Nisfu Sya’ban sering diajukan pada setiap tahun oleh masyarakat Islam terutamanya di Malaysia kerana masing-masing tidak mahu melepaskan peluang yang ada untuk mengambil dan merebut rahmat dan kurniaan Allah dengan meningkatkan ibadah pada malam tersebut.

Apakah Malam Nisfu Syaaban

Nisfu adalah merujuk kepada bahasa arab yang membawa maksud setengah atau separuh manakala Syaaban merupakan sebahagian daripada bulan dalam kalendar Islam atau takwim hijrah.

Oleh itu, Nisfu Syaaban adalah malam pertengahan bulan Syaban yang diketahui bahawa malam itu dipenuhi dengan beberapa kelebihan dan keistimewaan berbanding bulan-bulan lain seperti yang dinyatakan di dalam beberapa hadis sahih. Menurut ulama, amalan kita diangkat dan dipersembahkan kepada Allah SWT di dalam bulan Syaaban.

Nisfu Syaban Malam Pengampunan

Sepertimana yang diketahui, Nisfu Syaaban sangat sinonim sebagai malam pengampunan buat umat Islam.

Maka tidak hairanlah ramai umat Islam tidak mahu melepaskan peluang meningkatkan kualiti ibadah dengan melakukan amal soleh pada malam berkenaan.

Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

Bulan Sya’ban sebagaimana diketahui merupakan antara bulan yang mempunyai banyak keistimewaan malah terdapat hadith-hadith sahih berkaitan kelebihan malam nisfu Syaaban yang menyebut tentang pengampunan dari Allah SWT.

kelebihan malam nisfu syaban

Bila Tarikh Malam Nisfu Syaaban Di Malaysia

Berikut editor serta ringkasan maklumat mengenai tarikh malam Nisfu Syabaan 2024 Masihi 1445 Hijrah di Malaysia serta amalan-amalan yang digalakkan.

Info Malam Nisfu Syaaban
TarikhHijrahMasihi
1 Syaaban 144511 Februari 2024
15 Syaaban 144525 Februari 2024
Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya hari Sabtu, 24 Februari 2024 malam Ahad sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.

Amalan-Amalan Pada Malam Nisfu Syaban

Pendapat ulama menyarankan bahawa antara amalan-amalan yang digalakkan dan boleh dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban adalah amalan-amalan bersifat umum seperti berikut;

  1. Memperbanyakkan solat-solat sunat
  2. Memperbanyakkan doa
  3. Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
  4. Memperbanyakkan berzikir dan berselawat

Kesimpulan Mengenai Malam Nisfu Sya’ban

  1. Tiada hadith-hadith sahih mengkhususkan amalan-amalan tertentu yang perlu dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban. Namun perkara ini tidak menghalang umat Islam untuk meningkatkan kualiti ibadah pada malam tersebut dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu.
  2. Kata kunci utama adalah, bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mempunyai keistimewaannya tersendiri dan kelebihan malam Nisfu Sya’ban turut dinyatakan di dalam hadis sahih.
  3. Sempena kedatangan bulan Syaaban ini yang menandakan betapa kita sedang menghampiri Ramadan al-Mubarak, sebagai umat Islam, kita hendaklah memanfaatkan dengan mempertingkatkan pelbagai amalan baik yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW dan berharap semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan.