Keputusan Live Streaming Malaysia Vs Jordan Semasa, Terkini Dan Penuh Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1
Skuad Harimau Malaya (Malaysia) kini berada di Amman, Jordan bagi memulakan aksi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 dengan pasukan tuan rumah, Jordan yang dijadual berlangsung pada hari Rabu, 6 Oktober 2021.
Objektif Perlawanan Persahabatan Malaysia Vs Jordan
Objektif utama perlawanan persahabatan kelas A di antara Malaysia menentang Jordan adalah bagi mempersiapkan skuad Harimau Malaysia yang akan menghadapi saingan utama iaitu Piala AFF dan Kelayakan Piala Asia 2023.
Medan Menilai Prestasi Keserasian Pemain Dan Momentum Pasukan
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe pasti akan memanfaatkan perlawanan persahabatan ini dengan sebaiknya untuk menilai prestasi pemain dan mengukuhkan persefahaman antara pemain selain menguji kombinasi barisan pemain yang dipilih untuk mewakili skuad Harimau Malaya dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap.
Perbezaan Ranking Dunia FIFA Antara Malaysia Dengan Jordan
Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menyaksikan Malaysia berada dikedudukan ke-154 dunia manakala pasukan Jordan pula menduduki ranking ke-93 dunia.
Penyokong Mengharapkan Kemenangan
Meskipun perlawanan membabitkan Malaysia dan Jordan sekadar aksi persahabatan, penyokong mengharapkan skuad Harimau Malaya dapat mencipta kejutan dengan mencipta kemenangan kerana kemenangan dalam perlawanan antarabangsa kelas A dapat memberi mata yang akan memperbaiki kedudukan skuad Harimau Malaya dalam FIFA ranking.
Strategi, Taktikal Malaysia Menjadi Tumpuan Penyokong
Penyokong setia skuad Harimau Malaya sudah tentu akan memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih Tan Cheng Hoe selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif dalam persahabatan kelas A di antara Malaysia menentang Jordan.
Siaran Langsung Atau Live Streaming Malaysia Vs Jordan Persahabatan 6 Oktober 2021
Perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A 2021 membabitkan pasukan Malaysia menentang (vs) Jordan telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 6 Oktober 2021 bertempat di Stadium King Abdullah II bermula jam 11 malam mengikut waktu di Malaysia.
Aksi perlawanan Malaysia vs Jordan turut disiarkan secara siaran langsung atau live streaming di saluran sukan Astro Arena 2 seawal jam 10 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.
Keputusan Terkini Malaysia Vs Jordan Persahabatan 2021
Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan Malaysia vs Jordan bagi aksi persahabatan antarabangsa secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Keputusan Langsung Malaysia Vs Jordan Persahabatan Antarabangsa 2021 | ||||
Stadium King Abdullah II | ||||
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
Jordan | 4 | – | 0 | Malaysia |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
34′,48′,50′ Ali Olwan 41′ Odai Al-Saify |
Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini. |