Infosentral.my

Siaran langsung keputusan Melaka United vs Selangor 11 September 2020

Siaran langsung keputusan Melaka United vs Selangor 11 September 2020

Skuad The Red Giants, Selangor menerima kunjungan pasukan Melaka United dalam perlawanan minggu ketujuh saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 (LS7) yang telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 11 September 2020.

Melaka United dan Selangor turun beraksi untuk merealisasikan misi penting dimana masing-masing memerlukan kemenangan bagi memperbaiki serta melonjakkan pasukan di kedudukan terbaik dalam carta Liga Super 2020.

Aksi perlawanan Selangor menentang Melaka United bagi saingan ke-7 Liga Super 2020 masih berlangsung tanpa kunjungan penyokong kedua-dua pasukan di stadium berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu kerajaan dalam membasmi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Mengenai kedudukan pasukan dalam carta liga selepas mengharungi enam perlawanan sebelum ini, memperlihatkan Selangor berada di tangga keenam liga dengan pungutan sembilan mata manakala Melaka United pula berada dikedudukan kelima liga juga dengan kutipan 9 mata. Namun Melaka United berkelebihan jaringan gol berbanding Selangor.

Pertembungan membabitkan Melaka United dan Selangor pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka meneruskan momentum kemenangan.

Siaran Langsung Atau Live Streaming Melaka United Vs Selangor Liga Super 11 September 2020

Perlawanan ke-7 saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan Melaka United menentang (vs) Selangor telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 11 September 2020 bertempat di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor.

Untuk makluman, aksi Melaka United vs Selangor turut disiarkan secara siaran langsung serta boleh menonton secara live streaming melalui Unifi Sports 3 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Info Live Streaming Melaka United Vs Selangor Liga Super 2020

Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung aksi perlawanan Liga Super secara percuma melalui saluran rasmi Youtube Unifi.

Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong Selangor dan Melaka United yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan Selangor menentang Melaka United, saingan ketujuh Liga Super di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.

Youtube Unifi:https://www.youtube.com/c/unifiistheone

Keputusan Terkini Melaka United Vs Selangor CIMB Liga Super 2020

Sebagai pengkongsian bersama, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Melaka United vs Selangor bagi perlawanan ketujuh saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini

Keputusan Langsung Melaka United Vs Selangor CIMB Liga Super 2020 LS7

Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Selangor11Melaka United
Penjaring GolPenjaring Gol
40′ Sandro Uche Agba 39′
Stadium UiTM Shah Alam
Info Berkaitan: Anda Mungkin Minat
Keputusan Kedudukan Carta Dan Jadual Penuh Liga Super 2020
© Infosentral.my - All Rights Reserved.