Cara Pendaftaran MyASNB Dan Buat Pengeluaran Duit ASB Secara Online
Pemegang unit (pelabur) produk unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) boleh membuat semakan secara dalam talian (online) bagi mengetahui maklumat baki semasa jumlah pendapatan atau menambah unit pelaburan masing-masing dengan lebih mudah dan pantas tanpa perlu ke kaunter cawangan atau ejen-ejen ASNB.
Pendaftaran myASNB Online
Caranya adalah dengan membuat pendaftaran akaun MyASB online di Portal Rasmi MyASNB. Sebagai makluman, Portal MyASB merupakan milik sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad. Ianya adalah sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan dalam talian yang mudah dan selamat bagi pelanggan atau pemegang unit produk ASNB.
Cara Buat Pendaftaran Akaun MyASNB Online
Berikut editor sertakan maklumat lengkap dan bergambar langkah-langkah, bagaimana untuk membuat pendaftaran akaun baru myASNB menerusi portal rasmi. Ianya adalah mudah sekali dan tidak merumitkan.
Langkah Pertama
- Sila layari Portal Rasmi myASNB terlebih dahulu melalui pautan (link) di bawah.
- Kemudian klik pada ‘Daftar Di Sini’ di Portal Rasmi myASB
- Seterusnya baca terma dan syarat sebelum tandakan kotak dan klik ‘setuju’
https://www.myasnb.com.my |
Langkah Kedua
- Sila lengkapkan maklumat anda (pemegang unit)
- Pilih jenis Kad Pengenalan kemudian lengkapkan nombor kad pengenalan anda dalam ruangan yang diminta
- Pilih salah satu daripada produk ASNB yang anda miliki dan klik butang ‘Seterusnya’
Langkah Ketiga
- Keselamatan. jika nombor telefon bimbit yang dipaparkan adalah betul, klik pada ‘Permintaan TAC’
- SMS yang mengandungi maklumat nombor TAC akan dihantar ke nomber telefon anda.
- Masukkan kod TAC yang diterima dan klik ‘Seterusnya’
Nota: Sekiranya tiada nombor telefon yang dipaparkan atau nombor yang dipaparkan itu bukan milik anda, sila ke cawangan ASNB atau ejen untuk tujuan mengemaskini nombor telefon bimbit anda.
Langkah Keempat
- Pendaftaran Akaun Pemenang Unit ASNB
- Cipta ID Pengguna dan Frasa Keselamatan anda
- Seterusnya, lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik ‘Tamat’
Nota: Pastikan anda mengingati ID Pengguna, Frasa Keselamatan dan jawapan untuk semua soalan keselamatan kerana ia diperlukan apabila anda mahu log masuk (login) ke dalam myASNB nanti.
Langkah Kelima
- Sila simpan kata lauan sementara yang diberikan untuk log masuk kali pertama.
Cara-Cara Log Masuk Kali Pertama akaun myASNB
- Sila layari Portal Rasmi myASNB melalui pautan (link) di bawah.
- Kemudian, klik pada ‘Log Masuk’
https://www.myasnb.com.my |
Langkah 2
- Masukkan ID Pengguna yang didaftarkan seperti sebelum ini
- Kemudian, klik ‘Teruskan’
Langkah 3
- Pastikan frasa keselamatan yang tertera adalah sama dengan yang anda cipta sebelum memasukkan kata laluan sementara yang diberikan semasa anda mendaftar sebelum ini.
- Kemudian, klik ‘Teruskan’
Langkah 4
- Kemaskini dan tukar laluan anda yang baru untuk tujuan keselamatan
- Klik ‘Tukar Kata Laluan’
- Setelah penukaran kata laluan, sila log masuk menggunakan kata laluan baru tersebut
Halaman Utama Portal myASNB
- Semak jumlah pelaburan terkini
- Senarai portfolio pelaburan serta baki terkini
- Jenis pelaburan (Tunai, KWSP dan Pinjaman)
Terkini Pengeluaran Duit ASB melalui myASNB Online
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) telah mengumumkan berita gembira kepada Pemegang unit (pelabur) produk unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian (online) untuk tabung unit amanah terpilih menerusi portal myASNB.
Sehubungi dengan itu, pemegang unit boleh mengeluarkan wang pelaburan masing-masing dari mana-mana akaun unit amanah ASNB kecuali ASN Sara 2 dan ASN Equity 5.
Pengeluaran melalui myASNB adalah dihadkan kepada tiga kali transaksi setiap bulan dengan jumlah maksimum terkumpul sebanyak RM500 dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pelabur.
Jumlah yang dipohon oleh Pemegang produk unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), seterusnya akan dipindahkan ke akaun bank masing-masing yang didaftarkan di myASNB dan duit tersebut akan dikreditkan pada hari bekerja yang berikutnya.
Maklumat lanjut mengenai pengeluaran duit produk unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), sila layari halaman soalan umum Portal myASNB melalui judul pautan (link) di bawah.
Soalan Umum Kemudahan Pengeluaran Online myASB |