Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan 2023 JAKIM Untuk Harian Atau Sebulan Dalam Bahasa Rumi Dan Arab Terkini

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatNya seluruh umat Islam di Malaysia masih berpeluang untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2023 Masihi bersamaan 1444 Hijrah.

Ramadhan, Bulan Mulia Yang Dinanti-Nantikan

Editor yakin bahawa ketibaan bulan Ramadan merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam yang ada di seluruh dunia.

Keberkatan Bulan Ramadhan

Umum sedia maklum bahawa fadilat dan kelebihan yang ada dalam bulan Ramadan banyak disampaikan berdasarkan firman ALLAH SWT dan hadis sahih Rasulullah SAW membuatkan seluruh umat Islam yang ada di muka bumi ini tidak sabar mencari serta mendapatkan rahmat dan berkatNya.

Puasa Ramadhan Salah Satu Ketaatan Kepada Allah SWT

Puasa adalah satu tanda ketaatan kita kepada ALLAH. Puasa juga mengajar kita supaya beramanah terhadap diri sendiri, mendidik jiwa, hati dan juga segala pancaindera.

Cara Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian Atau Sebulan Dalam Bahasa Rumi Dan Arab

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, berikut editor sertakan maklumat lafaz niat puasa Ramadan iaitu niat secara harian atau sekali gus (sebulan / sepenuhnya) mengikut bacaan rumi dan arab yang tepat serta sahih.

Wajibkah Berniat Pada Setiap Malam Atau Memadai Berniat Sekali Sahaja Pada Awal Ramadan Untuk Berpuasa Sebulan?

  1. Mengikut Mazhab Al Syafi’i, wajib berniat pada setiap malam. Akan tetapi, bagi orang yang selalu lupa atau takut lupa berniat, dia boleh bertaklid kepada pendapat Imam Malik (Mazhab Al-Maliki) dengan berniat berpuasa sebulan pada malam awal bulan Ramadan.
  2. Sungguhpun begitu, dalam Mazhab Syafie dia tetap wajib berniat pada tiap-tiap malam sepanjang Ramadan.

 

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan [Sepenuhnya]
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadan [Harian]
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘e, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Bacaan Doa Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين
Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang
Pautan [Link] Info Berkaitan
🔗 Jadual JAKIM Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Ramadhan Tahun 2023 / 1444H Seluruh Negeri