Infosentral

Siaran langsung keputusan Pahang vs UiTM FC 5 September 2020

Siaran langsung keputusan Pahang vs UiTM FC 5 September 2020

Skuad Tok Gajah, Pahang meneruskan saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 dengan menentang pasukan UiTM FC dalam perlawanan keenam (LS6) yang telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 5 September 2020.

Aksi perlawanan Pahang menentang UiTM FC bagi saingan ke-6 Liga Super 2020 dimainkan tanpa kunjungan penyokong kedua-dua pasukan di stadium berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 di Malaysia.

Biarpun tanpa kehadiran penyokong setia, Norma Baharu ini tidak akan sesekali menjadi penghalang buat Pahang selaku pelawat pada perlawanan ini bagi mendapatkan semula rentak kemenangan dengan meraih tiga mata berharga di tempat lawan.

Bagi pasukan UiTM FC yang beraksi di laman sendiri, pastinya jurulatih mereka menurunkan kesebelasan pemain terbaik selain sedaya upaya mendapatkan kemenangan bagi memberi cabaran kepada pasukan yang berada di kelompok teratas dalam carta Liga Super 2020.

Mengenai kedudukan kedua-dua pasukan dalam carta liga setelah mengharungi lima perlawanan sebelum ini menyaksikan Pahang menghuni tangga ketujuh liga dengan enam mata. Manakala UiTM FC pula berada dikedudukan kelima liga setelah meraih kutipan tujuh mata.

Infosentral menjangkakan perlawanan membabitkan Pahang dan UiTM FC pasti berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka berusaha bersunguh-sungguh bagi memperoleh kemenangan.

Siaran Langsung Atau Live Streaming Pahang Vs UiTM FC Liga Super 5 September 2020

Perlawanan ke-6 saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan Pahang menentang (vs) UiTM FC telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 5 September 2020 bertempat di Stadium UiTM, ‎Shah Alam.

Sebagai info, aksi Pahang vs UiTM FC turut disiarkan secara siaran langsung serta boleh menonton secara live streaming melalui Unifi Sports 1 dan 2 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Info Live Streaming Pahang Vs UiTM FC Liga Super 2020

Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung aksi perlawanan Liga Super secara percuma melalui saluran rasmi Youtube Unifi.

Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong Pahang dan UiTM FC yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan Pahang menentang UiTM FC, saingan minggu keenam Liga Super di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.

Youtube Unifi://www.youtube.com/c/unifiistheone

Keputusan Terkini Pahang Vs UiTM FC CIMB Liga Super 2020

Untuk pengkongsian info, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Pahang vs UiTM FC bagi perlawanan keenam saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini

Keputusan Langsung Pahang Vs UiTM FC CIMB Liga Super 2020 LS6

Tuan RumahMasa PenuhPelawat
UiTM FC10Pahang
Penjaring GolPenjaring Gol
63′ Rafie
Stadium UiTM, Shah Alam
Info Berkaitan: Anda Mungkin Minat
Keputusan Kedudukan Carta Dan Jadual Penuh Liga Super 2020
© Infosentral.my - All Rights Reserved.