Senarai Terkini Pemain JDT 2025-2026 Johor Darul Ta’zim

Penerangan Artikel: Senarai Terkini Pemain JDT 2025-2026 Johor Darul Ta'zim. Senarai Penuh Dan Rasmi Pemain JDT Bagi Musim Terkini Skuad Harimau Selatan Pemain Tempatan & Import.

Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah simbol kebanggaan dan harapan bagi peminat bola sepak di Malaysia khususnya di negeri Johor. Pasukan ini telah mencuri perhatian ramai berdasarkan prestasi cemerlang di pentas Liga Malaysia (Liga-M) dan juga di arena antarabangsa terutamanya dalam Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE). Dengan sokongan padu dari penyokong setia, JDT terus menjadi pasukan digeruni dan dihormati dalam dunia bola sepak tanah air.

Johor Darul Ta’zim (JDT) juga sebuah institusi yang berusaha untuk membawa bola sepak Malaysia ke tahap lebih tinggi. Mempunyai infrastruktur kukuh, pengurusan yang bijak dan sokongan padu peminat, JDT terus berjuang untuk mencapai kejayaan di dalam dan luar negara.

Pemain JDT: Pembangunan Dan Infrastruktur

Salah satu aspek menjadikan JDT unik adalah pendekatan pengurusan mereka yang berfokus kepada pembangunan. Dari kemudahan latihan yang canggih hingga kepada pembinaan stadium baharu, segala usaha ini menunjukkan komitmen JDT untuk menjadi yang terbaik. Stadium Sultan Ibrahim yang terletak di Iskandar Puteri bukan sahaja menjadi lokasi perlawanan, tetapi juga merupakan tempat di mana impian dan harapan peminat dikecapi. Dengan kapasiti yang besar dan fasiliti moden, stadium ini adalah lambang kemajuan bola sepak di Malaysia.

Pusat latihan dilengkapi dengan teknologi terkini dalam sains sukan juga memainkan peranan penting dalam memastikan pemain JDT berada dalam keadaan terbaik. Program pemakanan, rehabilitasi dan latihan khusus yang dijalankan di pusat ini membolehkan pemain mengoptimalkan prestasi mereka seterusnya memberi impak positif kepada pasukan.

Pemilihan Pemain: Faktor Kejayaan

Musim baru Liga-M dan ACLE pastinya menjadi tumpuan bagi peminat JDT. Pengurusan pasukan dipimpin oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim sentiasa berusaha untuk mendapatkan pemain-pemain terbaik bukan hanya dari dalam negara tetapi juga luar negara. Pemilihan pemain adalah satu proses yang teliti di mana setiap individu dinilai berdasarkan kebolehan, potensi dan kesesuaian mereka dengan falsafah permainan JDT.

Dengan perbelanjaan besar untuk mendapatkan pemain berkualiti, JDT tidak hanya berhasrat untuk mempertahankan kejuaraan Liga-M tetapi juga untuk mencipta sejarah di pentas Asia. Kehadiran pemain-pemain bintang yang mempunyai pengalaman di liga-liga besar dunia pastinya akan memberikan nafas baharu kepada skuad ini. Kombinasi antara pemain senior dan bakat muda yang sedang berkembang akan menghasilkan satu pasukan mantap.

Cabaran Di Liga Juara-Juara Asia Elite AFC

Satu lagi cabaran menanti JDT adalah saingan Liga Juara-Juara Asia Elite. Memasuki arena ini bukanlah satu tugas mudah, namun dengan persiapan rapi dan skuad terbaik, JDT mempunyai peluang untuk mencatatkan kejayaan lebih besar di peringkat antarabangsa. Pengalaman beraksi di ACLE bukan sahaja meningkatkan kemahiran pemain tetapi juga membangunkan jati diri mereka sebagai atlet profesional.

Penyokong setia pasukan Johor Darul Ta’zim sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi. Kehadiran mereka di stadium sama ada di dalam mahupun luar negara memberi inspirasi kepada pemain untuk memberikan yang terbaik. Semangat juang dan sokongan padu ini adalah elemen penting yang mendorong pasukan untuk terus berjuang dan bersaing dengan gigih.

Senarai Penuh Posisi Barisan Pemain JDT

Musim baru ini menjanjikan pelbagai cabaran dan harapan dan semua mata kini tertumpu kepada Skuad Harimau Selatan untuk membuktikan bahawa mereka adalah kuasa dominan dalam bola sepak Malaysia dan Asia.

Marilah kita bersama-sama menyokong JDT dalam usaha mereka untuk meraih kejayaan lebih cemerlang.

Berikut editor sertakan senarai nama-nama pemain bola sepak yang mewakili pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi musim 2025/2026. Senarai penuh pemain akan dikemaskini serta dicatatkan dari semasa ke semasa dalam ruangan di bawah selepas pemain tersebut disahkan secara rasmi mewakili pasukan JDT.

Pemain Penjaga Gol

Goalkeepers
Nama PemainUmur
[Tahun]
Warganegara
Christian Abad Amat19Malaysia
Spain
Syihan Hazmi29Malaysia
Andoni Zubiaurre28Spain
Zulhilmi Sharani21Malaysia

Pemain Pertahanan

Defenders
Nama PemainUmur
[Tahun]
Warganegara
Matthew Davies30Malaysia
Australia
Shahrul Saad32Malaysia
Antonio Glauder29Spain
Park Jun-heong32South Korea
Shane Lowry36Australia
Ireland
Feroz Baharudin25Malaysia
Jon Irazabal28Malaysia
Spain
La’Vere Corbin-Ong34Malaysia
Canada
Jonathan Silva31Argentina
Italy
Raúl Parra25Spain
Junior Eldstål34Malaysia
England
Sweden
Syahmi Safari27Malaysia

Pemain Tengah

Midfielders
Nama PemainUmur
[Tahun]
Warganegara
Afiq Fazail30Malaysia
Hong Wan25Malaysia
England
Enzo Lombardo28France
Hector Hevel29Malaysia
Netherlands
Iker Undabarrena30Spain
Teto24Spain
Nazmi Faiz31Malaysia
Eddy Israfilov33Azerbaijan
Spain
Mohamadou Sumareh30Malaysia
Gambia
Ibrahim Manusi23Malaysia
Nacho Méndez27Malaysia
Spain
Naxto Insa39Malaysia
Spain
Aysar Hadi22Malaysia
Ager Aketxe31Spain
Daryl Sham22Malaysia
Philippines

Pemain Penyerang

Strikers
Nama PemainUmur
[Tahun]
Warganegara
Bergson da Silva34Brazil
Jairo33Brazil
Romel Morales28Malaysia
Colombia
Óscar Arribas26Philippines
Spain
João Figueiredo29Malaysia
Brazil
Heberty37Brazil
Arif Aiman Hanapi23Malaysia
Miguel Cuesta24Spain
Samu Castillejo30Spain
Celso Bermejo20Spain
Malaysia
Manuel Hidalgo26Argentina
Moussa Sidibe30Mali
Spain
Ardaitz Villorejo19Colombia

Gambar Pemain JDT

pemain jdt latest

Kongsi Artikel Di: