Keputusan senarai pemenang Anugerah Skrin 2019 ASK TV3

Keputusan senarai pemenang Anugerah Skrin 2019 ASK TV3. Info keputusan penuh senarai artis pemenang anugerah skrin ask tv3.

[A]nugerah Skrin (ASK) merupakan sebuah acara tahunan anjuran Media Prima (TV3). Anugerah Skrin disifatkan sebuah majlis penganugerahan yang berprestij dalam dunia hiburan tanahair kerana mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu memberi pengiktirafan kepada penggiat seni, para pelakon dan personaliti televisyen yang terbaik serta pengiktirafan kepada rancangan-rancangan televisyen dan filem-filem buatan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, majlis penganugerahan Anugerah Skrin bagi tahun ini (2019) diteruskan dengan mempertandingkan 30 kategori secara keseluruhannya yang merangkumi empat belas kategori drama, tujuh kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal.

Keputusan Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2019 ASK TV3

Dalam setiap kategori yang dipertandingkan, pemenang-pemenang bagi setiap kategori berikut akan diumumkan pada malam kemuncak majlis Anugerah Skrin 2019 (ASK) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari Jumaat 1 November 2019 bermula jam 9 malam.

Bagaimanapun, pada kemuncak Anugerah Skrin 2019 hanya pemenang dari 24 kategori dipertandingkan diumumkan berikutan para pemenang tujuh lagi kategori iaitu bukan drama telah diumumkan lebih awal pada siaran langsung Melodi ASK 2019 sebelum ini.

Berikut adalah senarai penuh dan lengkap keputusan pemenang untuk kategori utama yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang diumumkan pada majlis malam kemuncak Anugerah Skrin 2019. Keputusan dikemaskini secara langsung sepanjang majlis penganugerahan berlangsung.

SENARAI PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2019 (ASK 2019)
Kategori UtamaPemenang
1. Drama TerbaikDi sisi
2. Pengarah Terbaik DramaWan Afzam Wan Daud
3. Lakon TV TerbaikAmin Mansyur
4. Pelakon Lelaki Terbaik DramaFaizal Hussein
5. Pelakon Wanita Terbaik DramaNabila Huda
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik DramaRuzaidi Rahman
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik DramaAmyza Aznan
8. Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Melayu)Kamal Kamariah
9. Pelakon Komedi Terbaik.
10. Drama Komedi TerbaikBudak Usin
11. Videografi Drama TerbaikJunaimeramfizal Rahmat 
12. Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Cina)Sweet Delicacy
13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama RantaianFizz Fairuz
14. Pelakon Wanita Terbaik Drama RantaianZara Zya
15. Rancangan Majalah TerbaikSahabat Backpackers
16. Rancangan Realiti TerbaikThe Z Power
17. Rancangan Anugerah TerbaikAnugerah Juara Lagu 33
18. Filem TerbaikOne Two Jaga
19. Lakon Layar TerbaikPitt Haniff, Namron, Muhammad Syafiq
20. Pengarah Terbaik FilemMamat Khalid
21. Pelakon Wanita Terbaik FilemDiana Danielle
22. Pelakon Lelaki Terbaik FilemDr Rosdeen Suboh
23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem​​Zahiril Adzim
24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FilemSiti Saleha