Keputusan final pemenang juara Gegar Vaganza 2020
Siapakah Juara Gegar Vaganza 2020 Dan Keputusan Final Pemenang Konsert Akhir. Program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) 2020 kini sudah berada di kemuncaknya dengan menyaksikan tujuh peserta yang layak ke final akan bersaing di konsert akhir bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah lumayan untuk dibawa pulang.
Finalis Gegar Vaganza 2020 Telah Membuat Persembahan Konsisten
Finalis Gegar Vaganza 2020 yang layak berentap di konsert akhir adalah terdiri daripada mereka yang berjaya membuat persembahan konsisten sepanjang persaingan di konsert mingguan Gegar Vaganza 2020 berdasarkan tema dan lagu tugasan yang telah diberikan.
Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2020
Seperti biasa, dalam konsert akhir Gegar Vaganza 2020 semua finalis akan bersaing dengan tiga buah lagu tugasan yang diberikan iaitu menyampaikan sebuah lagu solo, lagu bersama artis pasangan duet serta berentap sesama sendiri dalam segmen Battle.
Senarai sub-tajuk Artikel
Keputusan Pemenang Dan Juara Final Gegar Vaganza 2020
Finalis manakah yang akan merangkul gelaran juara Gegar Vaganza 2020 musim ketujuh? Berdasarkan tinjauan awal Infosentral di platfrom media sosial mendapati netizen mempunyai pilihan yang tersendiri dalam memilih finalis untuk bergelar juara.
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2020
Berikut merupakan senarai tugasan lagu untuk finalis Gegar Vaganza 2020.
Lagu Solo Dan Duet Konsert Akhir Gegar Vaganza 2020 | |||
Finalis | Artis Duet | Lagu Solo | Lagu Duet |
Ashira | Ayai Illusi | Wajah Kekasih | Beribu Sesalan |
Oja | Siti Nordiana | Jujur | Di Sana Cinta Di Sini Rindu |
Muss | Azharina | Mentari Merah Di Ufuk Timur | Mencintaimu |
Noraniza Idris | Aishah | Hutang | Empat Dara |
Cliff Umar | Noryn Aziz | Nakal | I’d Do Anything For Love (But I Won’t Do That) |
Ayu Damit | Naqiu | Bukan Dia Tapi Aku | Memori Tercipta |
Linda | Hady Mirza | One Moment In Time | Terlanjur Cinta |
Lagu Battle Konsert Final Gegar Vaganza 2020 | |
Finalis | Lagu |
Ayu Damit vs Linda | Hikayat Ben Ladin |
Noraniza Idris vs Ashira | Eh |
Muss vs Oja vs Cliff Umar | Inilah Nasibku |
Format Pemarkahan Dan Hadiah Konsert Akhir Gegar Vaganza 2020
Gegar Vaganza 2020 masih mengekalkan format pemarkahan 100 peratus daripada juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim. Dalam pada itu, Juara Gegar Vaganza akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi manakala naib juara bakal membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 buat pemenang tempat ketiga.
Senarai Peserta Yang Pernah Bergelar Juara Gegar Vaganza
Terdahulu, musim pertama program pertandingan nyanyian Gegar Vaganza telah menyaksikan Ayai muncul sebagai juara, diikuti Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga), Aishah (musim keempat), Noryn Aziz (musim kelima) dan Naqiu Boboy & Hady Mirza (musim keenam).
Calon Juara Gegar Vaganza 2020
Siapakah calon finalis yang akan dinobatkan selaku Juara Gegar Vaganza 2020 bagi musim ketujuh? sama-sama kita nantikan keputusan di konsert akhir Gegar Vaganza 2020 yang berlangsung pada hari Ahad, 13 Disember ini.
Kedudukan Pemenang Dan Juara Gegar Vaganza 2020
Berikut merupakan carta senarai kedudukan pemenang serta Juara Gegar Vaganza 2020 bersama hadiah-hadiah yang ditawarkan.
Kedudukan Pemenang Dan Juara Gegar Vaganza 2020 Musim Ke-7 | ||
Kedudukan | Pemenang | Hadiah |
Juara | Cliff Umar | RM100,000 |
Naib Juara | Muss | RM50,000 |
Ketiga | Ayu Damit | RM30,000 |
Keempat | Noraniza Idris | RM20,000 |
Kelima | Linda | RM15,000 |
Keenam | Oja | RM10,000 |
Ketujuh | Ashira | RM5,000 |
Nota: Setiap pemenang turut menerima hadiah sampingan daripada penaja dan juga trofi sumbangan Astro. |