Malaysia adalah negara Islam pertama di dunia yang telah menganjurkan pertandingan membaca Al-Quran ataupun dikenali sebagai Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa iaitu pada tahun 1960.
Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dinamakan semula dengan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dan yang terkini dinamakan sebagai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa sejak tahun 2014.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 Tahun 1444 H / 2022 M bermula pada 19 hingga 24 Oktober 2022 bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).
Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa 2022 menyaksikan Malaysia diwakili oleh Qari, Aiman Ridhwan Bin Mohamad Ramlan (Perak) dan Qariah, Sofizah Binti Mousin (Selangor) yang merupakan peserta johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.
Penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 Tahun 1444H / 2022M hanya melibatkan pertandingan Tilawah Al-Quran sahaja manakala kategori Hafazan Al-Quran tidak dipertandingkan.
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 secara keseluruhannya melibatkan 36 orang peserta merangkumi 24 Qari dan 12 Qariah dari 28 buah negara yang bertanding bagi memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum.
Berikut editor sertakan maklumat senarai kedudukan pemenang dan Juara Qari serta Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62 Tahun 1444 H / 2022 M.
| Tarikh Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022 Berlangsung | |
| Mula | Tamat |
| 19 Oktober 2022 | 24 Oktober 2022 |
| Senarai Keputusan Pemenang Dan Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022 | |||
| Qari | Pemenang | Negara | Markah |
| Johan | Mohamed Sameer Mohamed Magahed | Bahrain | 93.33% |
| Naib Johan | Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan | Malaysia | 88.83% |
| Ketiga | Muhammad Rizqon | Indonesia | 88.34% |
| Keempat | Sabah Khalaf Ali | Iraq | 88.01% |
| Kelima | Muhammad Sadid Abdul Latif | Singapura | 87.16% |
| Qariah | Pemenang | Negara | Markah |
| Johan | Sofizah Binti Mousin | Malaysia | 89.66% |
| Naib Johan | Widadul Wahidah Mahamod | Singapura | 87.50% |
| Ketiga | Yuni Wulandari Hasim | Indonesia | 87.49% |
| Keempat | Dayangku Siti Ummi Syazana | Brunei | 84.83% |
| Kelima | Maryam Hashemi | Afghanistan | 82.33% |


