Keputusan pemenang johan tilawah Al-Quran 2022 antarabangsa

Keputusan pemenang johan tilawah Al-Quran 2022 antarabangsa. Info senarai kedudukan pemenang dan juara majlis tilawah al quran 2022 malaysia.

Senarai Keputusan Pemenang Dan Peserta Qari, Qariah Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022

[M]alaysia adalah negara Islam pertama di dunia yang telah menganjurkan pertandingan membaca Al-Quran ataupun dikenali sebagai Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa iaitu pada tahun 1960.

Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dinamakan semula dengan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dan yang terkini dinamakan sebagai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa sejak tahun 2014.

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 Tahun 1444 H / 2022 M

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 Tahun 1444 H / 2022 M bermula pada 19 hingga 24 Oktober 2022 bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Peserta Qari Dan Qariah Malaysia Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022

Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa 2022 menyaksikan Malaysia diwakili oleh Qari, Aiman Ridhwan Bin Mohamad Ramlan (Perak) dan Qariah, Sofizah Binti Mousin (Selangor) yang merupakan peserta johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.

MTHQA 2022 Hanya Melibatkan Pertandingan Tilawah Al-Quran

Penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 Tahun 1444H / 2022M hanya melibatkan pertandingan Tilawah Al-Quran sahaja manakala kategori Hafazan Al-Quran tidak dipertandingkan.

Jumlah Keseluruhan Peserta Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 secara keseluruhannya melibatkan 36 orang peserta merangkumi 24 Qari dan 12 Qariah dari 28 buah negara yang bertanding bagi memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum.

Senarai Keputusan Pemenang Dan Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 Qari Serta Qariah

Berikut editor sertakan maklumat senarai kedudukan pemenang dan Juara Qari serta Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62 Tahun 1444 H / 2022 M.

Tarikh Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022 Berlangsung
MulaTamat 
19 Oktober 202224 Oktober 2022
Senarai Keputusan Pemenang Dan Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022
QariPemenangNegaraMarkah
JohanMohamed Sameer Mohamed MagahedBahrain93.33%
Naib JohanAiman Ridhwan Mohamad RamlanMalaysia88.83%
KetigaMuhammad RizqonIndonesia88.34%
KeempatSabah Khalaf AliIraq88.01%
KelimaMuhammad Sadid Abdul LatifSingapura87.16%
QariahPemenangNegaraMarkah
JohanSofizah Binti MousinMalaysia89.66%
Naib JohanWidadul Wahidah MahamodSingapura87.50%
KetigaYuni Wulandari HasimIndonesia87.49%
KeempatDayangku Siti Ummi SyazanaBrunei84.83%
KelimaMaryam HashemiAfghanistan82.33%