Ahli KWSP Tunggu Berita Terkini KWSP 2.0 Bersasar Permohonan Pengeluaran Khas Diluluskan Betul Atau Tidak?
Tular di dalam laman sosial media mengenai Pengeluaran Khas KWSP 2.0 sehingga editor ingin mengetahui lebih lanjut dengan penyebaran berita tentang permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Bersasar yang menjadi perbincangan utama oleh ahli-ahli KWSP terutamanya di pelbagai rangkaian platform media sosial.
Ya, Betul. Ada Pihak Sedang Memperjuangkan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Hasil daripada tinjauan editor, terdapat pihak badan bukan kerajaan [NGO] iaitu Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat [PGIR] sedang memperjuangkan agar permohonan pengeluaran duit persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang terkini [KWSP 2.0] dapat dipertimbangkan oleh kerajaan.
Ahli Dan Pencarum Aktif, Tidak Aktif KWSP Menyokong Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Editor mendapati bahawa rata-ratanya golongan ahli mahupun pencarum aktif dan pencarum tidak aktif KWSP menyokong sepenuhnya tindakan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat [PGIR] yang memperjuangkan perkara ini dengan menuntut supaya kerajaan membenarkan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 secara bersasar mengikut kategori dan keperluan kepada ahli-ahli yang amat-amat memerlukan.
Perlukah Pengeluaran KWSP 2.0?
Ahli-ahli KWSP bersepakat bahawa kerajaan wajar mempertimbangkan tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Bersasar iaitu mengikut kategori dan keperluan bagi mengurangkan beban kehidupan kerana dengan kenaikan kos sara hidup yang meningkat sekarang kini menyebabkan mereka tiada pilihan lain kecuali bergantung harap dengan simpanan persaraan KWSP yang ada untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Ahli KWSP Berpotensi Bersara Bawah Garis Kemiskinan
Sepertimana yang diketahui, kerajaan sebelum ini telah meluluskan inisiatif pengeluaran KWSP bermula dengan I-Lestari, I-Sinar, I-Citra dan Pengeluaran Khas maksimum RM10,000.
Sekiranya terdapat pengeluaran tambahan lagi, ahli-ahli KWSP berpotensi akan bersara di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan [PGK] nanti. Kesan yang akan mendatang ini perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya.
Senarai Cadangan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat [PGIR] Untuk Pengeluaran KWSP 2.0
- Pencarum dari kategori B40 dan M40 yang masih aktif mencarum berusia 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 sepatutnya dibenar mengeluarkan 30 peratus daripada akaun berkenaan.
- Pencarum B40 dan M40 yang aktif mencarum serta mempunyai baki simpanan di Akaun 1 kurang RM20,000 mereka seharusnya dibenar mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki RM200 dalam Akaun 1 dan 2.
- Empat kategori yang berhak untuk melakukan pengeluaran tersebut antaranya surirumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak aktif lagi mencarum dan bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja, berhenti secara sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Berita Terkini Dari KWSP Tentang Pengeluaran Khas KWSP 2.0
Tinjauan editor di laman Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [KWSP] turut mendapati bahawa tiada Pengeluaran Khas 2.0 dilaksanakan buat masa ini malah KWSP menasihati ahli-ahli berhati-hati dengan info KWSP 2.0 yang ditularkan di media sosial kerana akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab tampil mengambil ambil kesempatan di atas kesempitan orang lain berhubung dengan perkara ini.
Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Bersasar Dapat Maklum Balas Positif
Berdasarkan maklumat awal yang diterima, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat [PGIR] memberitahu bahawa perbincangan mengenai Pengeluaran Khas KWSP 2.0 bersasar telah mendapat maklum balas positif namun perkara ini memerlukan lebih sokongan lagi dari pelbagai pihak yang berkaitan.
Kemaskini Berita Permohonan Pengeluaran KWSP 2.0 Diluluskan Atau Tidak
Editor turut mengikuti perkembangan berita mengenai tuntutan Permohonan Pengeluaran KWSP 2.0 dari sumber-sumber yang berautoriti. Sebarang maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini, editor akan sertakan dalam ruangan artikel ini.
Ruangan Kronologi Dan Kemaskini Maklumat Tuntutan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Bersasar 2.0 Diluluskan Atau Tidak | |
Tarikh | Info |
3 April 2023 | Kerajaan telah meluluskan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 [FSA2] yang akan memberi kemudahan untuk ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [KWSP] menggunakan baki simpanan dalam Akaun 2 sebagai sandaran bagi mendapat pembiayaan daripada institusi perbankan. Berikut adalah perincian berhubung dengan perkara ini. |
Fasa 1 [Permohonan bagi ahli usia 40 hingga 50 tahun dibuka bermula 7 April 2023] Fasa 2 [Permohonan bagi ahli bawah usia 40 tahun akan dimaklumkan kelak]Semakan kelayakan amaun boleh dipohon boleh buat mulai 5 April 2023 melalui portal rasmi Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP di pautan https://fsa2.kwsp.gov.my Cara permohonan Dibuat secara dalam talian dengan institusi perbankan yang mengambil bahagian. Bank yang sediakan kemudahan FSA2 i. Bank Simpanan Nasional (BSN) 📌 KWSP akan menambah bilangan bank yang ambil bahagian. Antara syarat dikenakan i. Mempunyai minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP Kadar faedah dikenakan 4% hingga 5% faedah konvensional atau kadar keuntungan Islamik. Bagaimana bayaran balik pinjaman dibuat? KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank, sebelum lebihan akan dipulangkan kepada ahli. | |
![]() | |
![]() | |
9 Februari 2023 | Kerajaan setakat ini masih kekal dengan keputusan tidak membenarkan pengeluaran simpanan KWSP lagi. Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan sedang mencari langkah terbaik bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh ahli dan pencarum KWSP tanpa memberi kesan di hari persaraan mereka nanti. |
2 Februari 2023 | Setakat ini tiada pengeluaran khas bersasar KWSP 2.0 diluluskan. Pihak Kumpulan Simpanan Pekerja menasihati ahli-ahli berhati-hati dengan info KWSP 2.0 yang ditularkan di media sosial kerana akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab tampil mengambil ambil kesempatan di atas kesempitan orang lain berhubung dengan perkara ini. |
16 Januari 2023 | Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia [ProRakyat] telah mengemukakan Resolusi Pencarum KWSP dengan memohon supaya kerajaan membenarkan tuntutan pengeluaran simpanan KWSP antara RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one-off’. |
Respon Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media telah menjelaskan bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran sekali lagi simpanan daripada KWSP. Menurut beliau lagi, kerajaan berusaha mencari jalan dan mekanisme lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan sebelum ini. | |
1 Januari 2023 | Hasil dapatan kaji selidik yang dijalankan oleh Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat [PGIR] mendapati bahawa 79.6 peratus daripada 136,137 pencarum KWSP yang benar-benar mahu pengeluaran KWSP bersasar diluluskan mempunyai baki simpanan Akaun Satu mencukupi dan melebihi RM10,000 untuk membuat pengeluaran. |
18 Disember 2022 | Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat [PGIR] telah berjumpa dengan Ahli-Ahli Parlimen BERSATU dan menyerahkan empat usul tuntutan KWSP Bersasar 2.0. Usul berkenaan mendapat maklum balas positif seterusnya usul tuntutan tersebut akan di bawa ke Dewan Rakyat. |
5 Disember 2022 | Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat [PGIR] telah membuat pelan tindakan secara berperingkat. Pelan tindakan pertama adalah mengutuskan surat rasmi kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu bagi membincangkan tentang tuntutan Permohonan Pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar. |
7 November 2022 | Perikatan Nasional [PN] bersedia untuk membuat penilaian semula pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [KWSP] secara bersasar sepertimana yang dicadangkan, sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 [PRU15]. |
10 Oktober 2022 | Belum ada lagi berita yang menggembirakan dari pihak KWSP mahupun kerajaan berhubung dengan tuntutan Pengeluaran Khas Bersasar KWSP 2.0 setakat ini. |
Bagaimanapun, pihak Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat [PGIR] telah melancarkan kempen terbaharu dalam usaha memperkuatkan lagi perjuangan demi mencapai objektif yang diperjuangkan. |