Infosentral.my

Siaran langsung keputusan Perak vs Melaka United 28 Ogos 2020

Siaran langsung keputusan Perak vs Melaka United 28 Ogos 2020

Skuad The Bos Gaurus, Perak melayani kunjungan pasukan Melaka United bagi perlawanan kelima (LS5) saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 yang telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 28 Ogos 2020.

Sebagai info, aksi perlawanan Perak menentang Melaka United pada saingan ke-5 Liga Super 2020 ini dimainkan tanpa kehadiran penyokong kedua-dua pasukan masing-masing berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu dalam membasmi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Walaupun tanpa kehadiran penyokong, norma baharu ini tidak menjadi penghalang buat pasukan Perak selaku tuan rumah dalam perlawanan ini bagi mendapatkan kemenangan dengan meraih tiga mata berharga di laman sendiri.

Bagi pasukan Melaka United pula, dengan beraksi di tempat lawan, pastinya jurulatih mereka akan menurunkan kesebelasan pemain terbaik selain sedaya upaya mendapatkan keputusan yang positif pada pertembungan ini.

Dalam pada itu, kedudukan pasukan dalam Carta Liga setakat empat perlawanan sebelum ini menyaksikan Perak kini berada dikedudukan kedua liga dengan 8 mata. Manakala Melaka United pula berada dikedudukan kesebelas liga dengan kutipan 3 mata.

Pertembungan membabitkan Perak dan Melaka United sudah tentu akan berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka meraih kemenangan.

Siaran Langsung Atau Live Streaming Perak Vs Melaka United Liga Super 28 Ogos 2020

Perlawanan ke-5 saingan Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan Perak menentang (vs) Melaka United telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 28 ogos 2020 bertempat di Stadium Perak, Ipoh.

Sebagai makluman, aksi Perak vs Melaka United turut akan disiarkan secara siaran langsung serta boleh menonton secara live streaming melalui Unifi Sports 1 dan 2 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Info Live Streaming Perak Vs Melaka United Liga Super 2020

Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung secara percuma aksi perlawanan Liga Super melalui saluran rasmi Youtube Unifi.

Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong Perak dan Melaka United yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan Perak menentang Melaka United, saingan kelima Liga Super di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.

Youtube Unifi:https://www.youtube.com/c/unifiistheone

Keputusan Terkini Perak Vs Melaka United CIMB Liga Super 2020

Sebagai pengkongsian bersama, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Perak vs Melaka United bagi perlawanan kelima saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini

Keputusan Langsung Perak Vs Melaka United CIMB Liga Super 2020 LS5

Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Perak01Melaka Utd
Penjaring GolPenjaring Gol
Feris Danial  ’51
Stadium Perak, Ipoh
Info Berkaitan: Anda Mungkin Minat
Keputusan Kedudukan Carta Dan Jadual Penuh Liga Super 2020
© Infosentral.my - All Rights Reserved.