infosentral

Siaran langsung keputusan Perak vs UiTM FC 11 September 2020

Keputusan Dan Live Streaming Perak Vs UiTM FC Liga Super 2020. Skuad The Bos Gaurus, Perak menerima kunjungan pasukan UiTM FC bagi perlawanan ketujuh (LS7) saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 yang telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 11 September 2020.

Sebagai info, aksi perlawanan Perak menentang UiTM FC pada saingan ke-7 Liga Super 2020 masih dimainkan tanpa kehadiran penyokong kedua-dua pasukan masing-masing di stadium berikutan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengambil langkah berjaga-jaga bagi membantu kerajaan dalam membasmi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Walaupun tanpa kehadiran penyokong, Norma Baharu ini tidak menjadi penghalang buat pasukan Perak selaku tuan rumah dalam perlawanan ini bagi mendapatkan kemenangan dengan meraih tiga mata berharga di laman sendiri selain mengembalikan keyakinan penyokong terhadap mereka dalam mengharungi saingan Liga Super 2020 seterusnya.

Bagi pasukan UiTM FC pula, dengan beraksi di tempat lawan, pastinya jurulatih mereka akan menurunkan kesebelasan pemain terbaik selain sedaya upaya mendapatkan keputusan yang positif pada perlawanan ini.

Dalam pada itu, kedudukan pasukan dalam carta Liga selepas enam perlawanan sebelum ini menyaksikan Perak kini berada dikedudukan ketujuh liga dengan lapan mata. Manakala UiTM FC pula berada dikedudukan keempat liga dengan kutipan sepuluh mata.

Pertembungan membabitkan Perak dan UiTM FC sudah tentu akan berlangsung dengan sengit serta menarik minat penyokong setia masing-masing yang mahu pasukan mereka meraih kemenangan.

Senarai sub-tajuk Artikel

Siaran Langsung Atau Live Streaming Perak Vs UiTM FC Liga Super 11 September 2020

Perlawanan ketujuh saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 membabitkan pasukan Perak menentang (vs) UiTM FC telah dijadual berlangsung pada hari Jumaat, 11 September 2020 bertempat di Stadium Perak, Ipoh.

Sebagai makluman, aksi Perak vs UiTM FC juga disiarkan secara siaran langsung serta boleh menonton secara live streaming melalui Unifi Sports 4 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Info Live Streaming Perak Vs UiTM FC Liga Super 2020

Terima kasih Unifi kerana memahami situasi semasa semua peminat bola sepak tanahair apabila menyediakan tontonan siaran langsung aksi perlawanan Liga Super secara percuma melalui saluran rasmi Youtube Unifi.

Bagi peminat sukan bola sepak tanahair, terutamanya penyokong Perak dan UiTM FC yang mempunyai akses internet boleh menonton perlawanan Perak menentang UiTM FC, saingan minggu ketujuh Liga Super di saluran Youtube rasmi Unifi, sila klik pada pautan (link) di bawah.

Youtube Unifi:https://www.youtube.com/c/unifiistheone

Keputusan Terkini Perak Vs UiTM FC CIMB Liga Super 2020

Sebagai pengkongsian bersama, Infosentral turut akan mengemaskini keputusan Perak vs UiTM FC bagi perlawanan ketujuh saingan Liga Super 2020 ini secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Sila Refresh atau reload page untuk paparan keputusan terkini

Keputusan Langsung Perak Vs UiTM FC CIMB Liga Super 2020 LS7

Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Perak1UiTM FC
Penjaring GolPenjaring Gol
4′ Shahrel Fikri
Stadium Perak, Ipoh
Dikemaskini Pada 15 Oktober 2020 — 9:04PM
dividend asb
Tarikh pengumuman dan jumlah bonus dividen ASB
gaji kakitangan awam kerajaan
Jadual gaji tarikh pembayaran gaji terkini penjawat awam
bpr bantuan prihatin rakyat
Jadual pembayaran duit BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat
tarikh rasmi sekolah buka
Kes Koronavirus tarikh sekolah buka 2020 seluruh negeri Malaysia
duit pencen pesara kerajaan
Jadual tarikh bayaran duit pencen terkini pesara kerajaan
live streaming gegar vaganza 2020
Siaran langsung Gegar Vaganza 2020 konsert GV7
bpr bantuan prihatin rakyat
Permohonan BPR 2021 dan semakan keputusan Bantuan Prihatin Rakyat
anugerah juara lagu
Siaran langsung keputusan AJL 35 Anugerah Juara Lagu Februari 2021
permohonan i sinar kwsp
Permohonan i-sinar kwsp keluar duit akaun 1 dan semakan keputusan
tarikh bonus kakitangan awam pesara
Tarikh bayaran bonus bajet 2021 penjawat awam dan pesara
bantuan beli handphone baru bajet 2021
Permohonan bantuan beli telefon baru dan langgan internet 2021
jadual duit bpn
Jadual pembayaran duit BPN 2.0 Bantuan Prihatin Nasional bujang dan isi rumah
anugerah juara lagu
Keputusan AJL 35 senarai finalis Anugerah Juara Lagu
dividen bonus tabung haji terkini
Tarikh pengumuman dan jumlah peratus bonus tabung haji
kalendar hijrah takwim bulan islam
Kalendar Islam 2021 takwim bulan hijrah 1442-1443 Malaysia
semakan i lestari kwsp online
Semakan status keputusan i Lestari KWSP permohonan pengeluaran
carta piala malaysia
Kedudukan carta Piala Malaysia 2020 keputusan dan jadual
© Infosentral.my - All Rights Reserved.