Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2025/26 dengan satu perlawanan penting menentang pasukan gergasi Thailand, Buriram United FC. Skuad Harimau Selatan ini bukanlah nama asing dalam arena bola sepak Asia. Pada edisi lalu, JDT mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama dari Malaysia berjaya mara ke Pusingan 16 ACL Elite.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan peminat tempatan malah turut menempatkan Malaysia sebagai satu kekuatan yang perlu diberi perhatian dalam kancah bola sepak Asia. Bersandarkan pencapaian tersebut, harapan dan keyakinan terhadap skuad kendalian Xisco Muñoz ini semakin menggunung. Mereka tampil sebagai pasukan tidak hanya berjuang untuk kejayaan peribadi malah membawa nama negara ke pentas tertinggi Asia.
JDT Vs Buriram United FC ACLE 2025/26
Aksi menentang Buriram United bukanlah satu tugas mudah. Pasukan dari Thailand ini terkenal dengan kedisiplinan taktikal dan kekuatan fizikal mereka. Namun, JDT tidak akan berjuang tanpa harapan. Dengan barisan pemain berbakat, pengalaman dan sokongan padu penyokong setia di belakang mereka, peluang untuk mendapatkan tiga mata di tempat lawan tetap terbuka.
Perlawanan ini penting kerana ia akan menentukan arah tuju JDT dalam kempen ACLE musim 2025/26. Jika berjaya meraih keputusan positif, ia bukan sahaja meningkatkan moral pasukan tetapi juga memberi isyarat kepada pasukan lain bahawa juara Malaysia ini mampu bersaing di peringkat tertinggi Asia. Sebaliknya, kekalahan akan memberikan cabaran tambahan yang perlu diatasi pada perlawanan seterusnya.
Mampukah JDT Meraih Tiga Mata Berharga?
Kemenangan atau kekalahan di peringkat ini bukanlah penentu segala tetapi ia adalah cerminan usaha dan semangat juang pasukan. Johor Darul Ta’zim, sebagai wakil Malaysia kini menghadapi satu lagi ujian besar di pentas Asia. Pemerhati bola sepak tempatan turut memberikan pandangan mengenai potensi JDT dalam mengharungi cabaran ini. Mereka percaya bahawa pasukan JDT mempunyai semua diperlukan untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan.
Cita-cita JDT untuk mencipta sejarah bukan hanya untuk kelab itu sahaja tetapi juga sebagai satu pencapaian yang membanggakan bagi bola sepak Malaysia.
Info Live Streaming JDT Vs Buriram United ACLE 2025
Aksi membabitkan Johor Darul Ta’zim menentang Buriram United bagi perlawanan pertama saingan Liga Juara-Juara Asia Elite di Stadium Buriram, Thailand pada hari Selasa, 16 September 2025 jam 8:15 malam (waktu Malaysia) turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Sukan Astro Arena Bola (803) seawal jam 7:30 malam bermula dengan siaran rancangan pratonton perlawanan.
Dalam pada itu, penyokong skuad Harimau Selatan dan peminat bola sepak tempatan boleh juga menyaksikan aksi perlawanan ini secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi ACL Elite.
Rumusan Siaran Langsung JDT Lwn Buriram United ACLE 2025/26
- Perlawanan Pertama Peringkat Liga ACL Elite 2025/26 Zon Asia Timur : Buriram United FC Vs JDT.
- Tarikh: 16 September 2025 (Selasa).
- Venue: Stadium Buriram, Thailand.
- Sepak Mula: 8:15 Malam (waktu Malaysia).
- Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803) dan AstroGo.
- Tontonan Secara Live Streaming: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO.
Keputusan JDT Vs Buriram United
Dengan segala persiapan telah dilakukan dan semangat juang tinggi, Skuad Harimau Selatan kini bersedia untuk mencabar gergasi Asia. Kepada para penyokong, inilah masanya untuk memberi sokongan padu kepada JDT. Harapan untuk melihat JDT melangkah jauh bukanlah satu mimpi mustahil. Mari bersama-sama menyokong pasukan kita dalam usaha mereka mencipta sejarah baru.
Dalam pada itu, kami turut mengemaskini keputusan JDT menentang Buriram United FC secara langsung (live score) hingga tamat aksi masa penuh perlawanan.
Tuan Rumah | Masa Penuh | Pelawat | ||
---|---|---|---|---|
Buriram Utd | 2 | 1 | JDT | |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
50′ S. Mueanta 54′ Robert Žulj | A. Glauder 28′ |