Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Machida Zelvia dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 bagi perlawanan kedua zon Asia Timur. Setelah mengalami kekalahan tipis 1-2 kepada Buriram United pada 16 September lalu, skuad Harimau Selatan pastinya akan memanfaatkan perlawanan ini bagi melakar kemenangan meskipun jalan perlu ditempuh tidak mudah memandangkan Machida Zelvia sebuah kelab dari Jepun yang terkenal dengan reputasi dan kualiti permainan mantap.
JDT Vs Machida Zelvia FC ACLE 2025/26
Perlawanan ini dianggap sebagai peluang besar buat JDT untuk membuktikan kekuatan mereka di halaman sendiri. Beraksi di hadapan penyokong setia memberikan kelebihan tersendiri kepada skuad Harimau Selatan. Sokongan padu dari penyokong setia tidak hanya memberi semangat tambahan kepada pemain tetapi juga menambah tekanan kepada pihak lawan.
Rekod dan reputasi Machida Zelvia menjadikan perlawanan ini sangat sukar. Mereka terkenal dengan taktikal permainan yang baik dan keupayaan menyerang agresif sekali gus bakal menjadikan pertembungan ini penuh dengan intensiti tinggi. Namun, pasukan JDT tidak gentar dan bertekad untuk memberi tentangan sengit malah berusaha sedaya upaya untuk meraih kemenangan sekali gus dapat memperbaiki kedudukan semasa mereka dalam carta liga.
JDT Kejar Tiga Mata Penting
Selain itu, perlawanan ini bukan sahaja mengenai tiga mata tetapi juga sebagai peluang untuk menunjukkan keupayaan dan potensi sebenar pasukan Johor Darul Ta’zim di pentas Asia. Barisan pemain JDT perlu beraksi dengan penuh dedikasi, keazaman dan disiplin tinggi untuk memastikan mereka dapat meraih tiga mata berharga di halaman sendiri.
Perlawanan menentang Machida Zelvia dianggap sukar kerana kehebatan kelab Jepun ini dimana mereka mempunyai reputasi yang kukuh di Liga-J dan pasti akan memberikan tentangan sengit kepada pasukan Johor Darul Ta’zim. Namun, kelebihan utama JDT adalah beraksi di laman sendiri serta harus memanfaatkan kelebihan ini dengan sehabis baik mungkin.
Info Live Streaming JDT Vs Machida Zelvia ACLE 2025
Perlawanan membabitkan Johor Darul Ta’zim menentang Machida Zelvia bagi aksi kedua saingan Liga Juara-Juara Asia Elite di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada hari Selasa, 30 September 2025 jam 8:15 malam turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Sukan Astro Arena Bola (803) seawal jam 7:15 malam bermula dengan siaran rancangan pratonton perlawanan.
Dalam pada itu, penyokong skuad Harimau Selatan dan peminat bola sepak tempatan boleh juga menyaksikan aksi perlawanan ini secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi ACL Elite.
Rumusan Siaran Langsung JDT Lwn Machida Zelvia ACLE 2025/26
- Perlawanan Kedua Peringkat Liga ACL Elite 2025/26 Zon Asia Timur: JDT Vs Machida Zelvia FC.
- Tarikh: 30 September 2025 (Selasa).
- Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
- Sepak Mula: 8:15 Malam.
- Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH803) dan AstroGo.
- Tontonan Secara Live Streaming: Laman Web Penstriman Rasmi Sooka dan AstroGO.
Keputusan JDT Vs Machida Zelvia
Dalam perkembangan yang sama, kami turut mengemaskini keputusan JDT menentang Machida Zelvia FC secara langsung (live score) hingga tamat aksi masa penuh perlawanan.
Tuan Rumah | 8:15PM | Pelawat | ||
---|---|---|---|---|
JDT | Machida Zelvia | |||
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||