Infosentral.my

Permohonan terkini BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Permohonan terkini BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Golongan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi kenaikan kos sara hidup dari semasa ke semasa terus dibantu dimana kerajaan yang diterajui oleh parti Pakatan Harapan (PH) terus komited dalam usaha bagi meringankan bebanan isi rumah golongan berpendapatan rendah melalui Skim Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).

Melalui pembentangan Bajet 2020, kerajaan PH mengumumkan untuk meneruskan skim Bantuan Sara Hidup, pengumuman tersebut sekali gus mengembirakan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kos sara hidup di masakini.

Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah skim bantuan bersasar sama seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu sejak tahun 2012 di bawah Barisan Nasional (BN).

Berdasarkan semakan Infosentral terhadap skim Bantuan Sara Hidup ini, kerajaan PH memfokuskan kepada golongan B40 ianya adalah tepat kerana pada masa kini, kita menyaksikan kenaikan harga barang, makanan, rumah, kesihatan, pengangkutan, utiliti, barangan penjagaan diri dan barang belian one-off serta pertumbuhan upah yang tidak menentu (tidak seiring kadar peningkatan gaji dan upah) di Malaysia.

Perkara ini sekali gus meningkatkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah secara lebih cepat dan beberapa kali ganda berbanding bagi golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi.

Permohonan Terkini BSH 2020 Bantuan Sara Hidup

Permohonan terkini Bantuan Sara Hidup Rakyat bermaksud permohonan baharu, di mana ketua isi rumah lelaki atau wanita yang belum pernah membuat sebarang permohonan BSH dan ketua isi rumah lelaki atau wanita yang gagal dalam permohonan BSH pada tahun sebelumnya ataupun terjadi kematian kepada pasangan penerima BSH sedia ada dan berlaku penceraian.

Kelayakan Dan Kriteria Permohonan Baru BSH 2020 Bantuan Sara Hidup

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan terlebih dahulu kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan baru Bantuan Sara Hidup, sila rujuk maklumat di bawah sebagai panduan dan rujukan tentang kelayakan dan kriteria Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020.

KATEGORI LAYAK BUAT PERMOHONAN BARU BSH 2020 ISI RUMAH
1. Berkahwin
2. Ibu Bapa Tunggal | Balu | Janda | Duda | yang mempunyai anak
3. Warga emas Sebatang kara
KRITERIA KELAYAKAN UMUM PERMOHONAN BARU BSH 2020 ISI RUMAH
1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2 Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
3. Warga emas sebatang kara, Jika bekerja, pendapatan kasar bulanan adalah RM4,000 dan ke bawah
KRITERIA KELAYAKAN UMUM PERMOHONAN BARU BSH 2020 INDIVIDU (BUJANG)
1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2 Lelaki atau perempuan bujang berusia lebih 40 tahun yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan

Cara- Cara Dan Langkah Buat Permohonan Baru BSH 2020 Secara Online Dan Manual

Berikut Infosentral maklumat cara-cara dan langkah-langkah membuat permohonan baharu Bantuan Sara Hidup 2020. Sebelum itu, permohonan BSH 2020 hanya boleh dilakukan selepas kerajaan mengumumkan tarikh rasmi permohonan BSH dibuka.

BILA TARIKH PERMOHONAN BSH 2020 DIBUKA
DibukaDitutup
1 Februari 202015 Mac 2020
CARA-CARA BUAT PERMOHONAN BSH 2020

 

Pemohon baru boleh membuat permohonan BSH 2020 dengan menggunakan kaedah permohonan secara dalam talian (online) ataupun manual (guna borang). Sila gunakan salah satu kaedah permohonan sahaja bagi mengelakan berlakunya duplikasi maklumat pemohon.
1. Permohonan BSH 2020 Online
1.1 Melalui Portal Rasmi BSH LHDNM, sila klik pada pautan di bawah
Permohonan terkini BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat https://bsh.hasil.gov.my
2. Permohonan BSH 2020 Manual (Guna Borang)
2.1 Borang Permohonan BSH 2019 (BK-01) boleh didapati secara percuma di lokasi berikut
Portal Rasmi BSH LHDNM
Cawangan LHDNM | Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM | Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
© Infosentral.my - All Rights Reserved.