Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 MRSM Maktab Rendah Sains MARA 2023

Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengumumkan tarikh permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Bagi pengambilan murid tahun 2023 di Maktab Rendah Sains MARA atau singkatannya MRSM kepada pemohon-pemohon yang berkenaan.

 

Strategi Pendidikan MRSM

Sebagai makluman, strategi pendidikan MRSM menekankan kepada empat domain berbeza.

Ia telah dirangka dengan pembangunan kurikulum, pembangunan pelajar, pembangunan profesionalis­me, pembangunan fasiliti dan perkhidmatan yang merangkumi sistem pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Sekali gus dapat mencapai objektif utama iaitu bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Permohonan MRSM 2023 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Secara Online

Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ambilan 2023 hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui aplikasi sistem rasmi permohonan MRSM yang mula dibuka pada tarikh sepertimana ditetapkan.

Berikut merupakan pernyataan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Permohonan MRSM 2023 bagi kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4.

Tarikh Permohonan MRSM Tahun 2023 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4
DibukaDitutup
1 September 20224 November 2022
10:00AM12:01AM
Tarikh permohonan dibuka dan ditutup yang dinyatakan adalah tepat (rasmi) sebagaimana diumumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA.
iklan permohonan mrsm 2023 Permohonan MRSM 2023 tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA
Panduan Dan Cara Buat Permohonan MRSM Tahun 2023 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4
1. Sila layari laman sistem rasmi permohonan MRSM 2023 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, klik pada pautan (link) di bawah.
🔗  https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Sistem Permohonan MRSM bagi kemasukan tahun 2023 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan.
2. Sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan MRSM, pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan ke MRSM, pautan (link) daftar pengguna disertakan di laman sistem permohonan yang sama.
3. Selepas pemohon berjaya mendaftar sebagai pengguna dan mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online MRSM dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan.
Semua maklumat, langkah dan panduan permohonan serta syarat kelayakan kemasukan MRSM 2023 disertakan di laman sistem yang sama.
Maklumat Berkaitan Permohonan MRSM Tahun 2023 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4
1. Kemasukan ke MRSM mewajibkan semua calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat calon. UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian. Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab pula diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.
2. Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
3. Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan memudahkan urusan UKKM dilaksanakan dengan sempurna.
Pautan Maklumat Rasmi Dan Pertanyaan Permohonan MRSM 2023 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4
Sekiranya pemohon menghadapi masalah dan mempunyai pertanyaan mengenai Permohonan Kemasukan ke MRSM 2023, sila layari (klik) judul pautan (link) dibawah.
🔗  Facebook Rasmi Majlis Amanah Rakyat
🔗  Laman Web Rasmi MARA